Inspirasi

Hidupku sebuah novel – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Hidupku Sebuah Novel

Salam semua. Firstly, terima kasih admin kalau app cerita aku ni. Aku budak uitm tp berminat nak buat confession dekat sini. ni first time aku nak buat confession. harap2 sudi laa app kan yee.

Korang pernah tak terpikir hidup korang ni boleh di buat cerita novel sebab banyak sangat benda yang korang lalui. Macam tu la aku setiap kali aku kenang kan balik apa yang dah terjadi dalam hidup aku ni. Untuk pengenalan aku seorang perempuan berumur 21 tahun. Aku datang daripada broken family, bahasa senang faham parent yang dah bercerai. Aku anak sulung dan ada sorang adik lelaki 19 tahun. Alhamdulillah mama and abah aku dua2 dah berkahwin lain dan dorang pun happy. Hasil daripada perkahwinan baru mama aku, kami dikurniakan 1 adik perempuan dan 1 adik lelaki. Bapak tiri aku ni aku panggil dia Uncle. Sebelum ni Uncle pun pernah berkahwin dan bercerai, dan dia ada anak perempuan sorang 18 tahun.

Nak dijadikan cerita aku ni tak berapa berkenan sikit dengan perangai Uncle aku ni. Dia ada sikap panas baran. Perangai dia pelik2 je. Kadang2 sampai aku rasa hilang sabar la jugak. Dekat sini aku cerita dalam bentuk point la bagi korang faham sikit.

1. uncle aku ni jenis cepat melenting tau. contoh nya kalau dia cari barang2 dia tak jumpa mula laa dia nak mengamuk. yg jadi mangsa mama aku laa. aku paling tak suka kalau dia tinggi2 kan suara dekat mama aku. masalah nya dekat depan aku kut agak2 laa. anak mana tak bengkek kalau tgk mak dia sendiri kena mara tengking2 sebab benda bodoh kan. kalau bapak kita sendiri lain tau rasa dia.

2. penah sekali tu aku, mama aku, and adik tiri aku ni kemas2 dekat dapur tau. bersih kan peti ais sebab peti ais dekat dapur kite org rosak. okay utk pengetahuan korang rumah aku 2 tingkat and kite org ada satu peti ais letak dekat atas. sebab kadang2 malas malam2 nak minum air nak kena turun bawah so ada satu peti ais dekat ruang tamu atas. sejak peti ais dapur rosak barang2 masak semua letak dekat atas buat sementara waktu. okay berbalik pada cerita, masa kite org tgh kemas2 dapur tu uncle tiba2 turun. dia tanya dekat mama aku mana coklat yg dia beli letak dekat peti ais atas tu. nama coklat tu ritter sport kalau korang tak tau nnt google sendiri. hehehe. lepas mama aku cakap la ada dekat peti ais tu cuba cari betul2. uncle aku cakap takde pun sebab peti ais penuh dengan sayur2 je. mama aku cakap dah cuba cari dekat chiller box. uncle aku naik atas balik. tak lama lepas tu dengar dia jerit dari atas mana ada ni haa cuba tengok sendiri!! so mama aku g naik atas, aku pun ikut sekali sebab rasa tak sedap hati. naik2 atas je tengok habis bersepah dekat lantai dia campak nya semua barang yang ada dekat dalam fridge tu semata2 nak cari coklat tak jumpa. aku tgk tu dah panas hati dh. kite org ni dah la penat2 tengah kemas dekat fridge bawah dia berselerak kan dekat atas. lepas tu dia bising2 tinggi suara cakap haa tengok laa mana ada coklat tu. aku pegi dekat mama tanya nak buat mcm mana sebab dekat bawah tak siap lg atas pulak kena kemas. mama aku cakap takpe akk pegi kemas dekat bahagian bawah, biar mama urus kan dekat atas.

aku pun turun laa bawah. dalam hati aku dah sebak dah yela tengok mak kita kena mara sebab benda bodoh. pasal coklat je weeiii, lain laa kalau budak kecik. aku kemas dekat bawah teresak2 tahan nangis. sebab ni bukan first time mama aku kena mcm tu sebab benda ntah pape ni banyak kali dah.

3. yg ni kes baru2 ni jugak. Uncle and mama ada beli rumah baru so sekarang dia dorang tengah sibuk2 nak cari barang2 utk rumah baru laa. ada sekali tu uncle, mama and adik kecik aku dua org tu keluar pegi cari barang rumah. lepas tu dalam nak dekat asar mcm tu dorang balik rumah jap nak solat asar semua. masa tu aku dekat bilik aku. aku nak turun isi air masa tu. lepas tu aku tgk mama aku ni kelam kabut nak urus kan adik kecik aku dua org tu. masa aku turun mama suruh aku tukar kan pampers adik perempuan aku ni. aku pun pegi la, tp adik perempuan aku ni ngada sikit nak mama aku je yg buat. dia buat perangai laa sebab masa tu mama aku tgh urus adik yg laki. mama aku mcm mara la kalau tanak tukar pampers tinggal rumah. so biasa la budak kalau dgr nak kena tinggal nangis la kan. mama aku jugak la urus kan adik perempuan aku tu. lepas tu mama aku suruh aku pakai kan dia pampers and seluar. aku pakai kan la, masa aku pakai kan tu mama aku nak keluar dgn adik laki aku ni. so aku bawak la adik perempuan aku pakai selipar dia. budak lg so dia pakai selipar pun terkial2 la. lepas tu mama aku mara2 lg dekat adik perempuan aku ni suruh cepat2. aku jd mcm pelik aku ckp kenapa nak marah2 lepas tu mama aku cakap sebab nnt ada orang lain yg marah mama ckp pasal uncle aku. lepas tu aku cakap laa kalau nak marah2 tak payah pegi la aku dah panas hati time tu. lepas tu tak lama lepas tu mama aku ws aku cakap kakak sorry mama bukan sengaja nak mara2 akk tp stress sebab uncle ni asyik nak mengamuk je. mama nak sabar pun boleh jadi hilang sabar lepas tu aku cakap bukan apa akk tak suka nnt budak2 tu yg kena marah.

aku bengang sebab apa tau. mama aku ni punya laa kelam kabut nak urus kan budak2 tu sebab nak cepat, yg uncle aku ni tau nak mara bising je suruh cepat2 tp satu habuk pun tak tolong. dia lg rela duduk tunggu dalam kereta tu bising2 daripada tolong mama aku ni urus kan budak2. korang rasa la patut ke tak patut dia buat mcm tu. aku kdg2 sampai hilang respek dekat dia.

4. cerita lg satu ni yg paling terkesan dalam hati la. masa tu aku tgh buat praktikal tahun ni jugak la dalam bulan 3 mcm tu. masa tu aku dekat office dalam pukul 7 lebih mcm tu. aku mmg selalu balik lepas maghrib sebab nak elak jam. lg pun tempat keje aku staff mmg jenis ot sebab nak siap kan kerja so aku takde la sorang2. masa nak tunggu org rumah nak dtg amik aku kdg2 mama amik tak pun uncle tp selalu nya uncle sebab mama susah dgn budak2 kecik tu tak reti duk diam. tiba2 mama call aku tanya ada sape tak dekat ofis boleh tlg hantar kan aku balik aku pelik la kenapa. lepas tu mama aku cakap mama aku kena slipdisk. slipdisk ni tulang pinggul kita teralih dan kemungkinan besar boleh lumpuh. kalau salah tlg betulkan. sebab sebelum ni mama aku penah kena jugak tp masa aku kecik2 umur dlm 5 6 tahun mcm tu. back to story, aku dah panik dh dgr mama aku ckp mcm tu. aku dah terfikir dekat rumah sape tgk adik2 aku sebab selalu mmg mama aku je yg tgk walaupun uncle aku tu pun ada dekat rumah jugak semua mama aku yg urus kan. aku ckp la takde sape boleh anta sebab staff yg tinggal pun naik moto je. sampai ada sorang staff laki tu nak kasi aku pinjam naik moto dia la g balik rumah. tp malang nya aku tak pandai bawak moto. hahaha. atlast uncle aku jugak yg amik. sampai rumah je aku terus g bilik mama tgk mama. mama mmg terbaring je tak boleh gerak langsung. sian aku tgk mama muka pucat tahan sakit. lepas tu mama ckp malam tu nak pegi berubat ada satu tempat ni org dia pandai berubat. aku tanya laa mama so bila nak pegi sebab masa tu dah lewat nak dekat pukul 10 jugak la. mama aku ckp ntah uncle ni tgh tunggu dia je la. nak dekat pukul 10 lebih gak laa baru nak pegi ntah apa uncle aku buat padahal aku tgk duk rumah takde buat apa pun. mama aku ni dah la tgh sakit. masa nak pegi tu pun dia boleh lengah2 kan masa lagi main fon belek2 fon dia. aku dah sakit hati dah masa tu. mama aku dah tgh tahan sakit tp dia boleh sambil lewa je.

sebab apa tau mama aku kena slipdisk. sebab semua benda mama aku kena buat sorang. masa tu kan aku keje so aku jarang ada rumah weekend jela kan. mama aku byk buat keje dgn jada budak2 lg. uncle aku tu kalau mama aku tgh kemas rumah suruh jaga budak dia baring dekat sofa main fon je. kalau adik2 aku nak susu ke nak basuh berak ke haram takde nyaa dia nak buat. melekat dengan fon je laa. aku paling sakit hati mcm tu. lepas tu semua benda nak kena suap dekat mulut pamalas nak amik sendiri. semua suruh mama aku. lelaki mmg perangai dia mcm ni ke?

sambung cite balik, esok pagi tu aku nak pegi keje. aku jenguk mama kejap dekat bilik. kau ckp la aku nak g keje nak lepas tu korang tau apa mama aku cakap kakak tak boleh ke amik cuti tlg tgk kan adik. jaga mama sekali kalau kau jd aku tak ke sebak dgr mak kau ckp mcm tu. korang fikir la eh kalau la uncle aku tu boleh harap takan mama aku suruh aku cuti saja2. confirm2 tak boleh harap . penah sekali mama aku demam tak boleh bangun. masa tu aku tgh belajar dekat uitm melaka. mama aku minta tlg uncle aku buat kan milo. korang nak tau uncle aku tu milo dalam rumah sendiri pun taktau dekat mana nak cari. bangang ke tak tu? mmg tak boleh harap la kan.

so far ni je la cerita aku. kalau nak cerita tu mmg byk lg, byk sgt2 sebab tu aku ckp hidup aku boleh buat novel. sorry laa kalau cerita aku tak best sgt. tp org nak mengalami je tahu perasaan dia mcm mana. thanks korang sebab suda membaca cerita aku yg tak seberapa ni.

gadis malang

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply