Inspirasi

Ini ke trend bisnes sekarang? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Ini Ke Trend Bisnes Sekarang?

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession ni diapprove.

Aku ni student UIA yg baru je habis belajar. Tapi tak payah la kot cite detail pasal aku. Aku taktau la kalau apa yg aku nak luahkan ni aku sorang je yg rasa. Camni, korang pernah tak ada member lama (atau ex-schoolmate yg dulu mungkin pernah cakap dgn korang sepatah dua ayat je) tiba2 contact korang balik? Buat2 jejak kasih la, tanya khabar semua, tanya sekarang buat apa (padahal bukannya nak tau sangat kot). & korang pun dgn happy nye jawab, sebab terharu ada orang ingat kat kite ni.

Pastu bila korang dah tgh excited tu, dia mula lah lay out perangkap dia: awak, sebenarnya saya ni nak cite pasal takaful/ sim card boleh buat duit/ produk baru/ bisnes yg sangat menguntungkan. Like whaaaaaat!!??

Pastu terpaksa la dengar apa yg dia nak cakap tu. Kalau dia bukan jenis pushy takpe. Tapi ada la jugak yg jenis tapi kita kena bersiap sedia dari sekarang or kita tak boleh kedekut demi masa depan & sebagainya. Pernah sekali bila aku bgtau kat sorang member yg nak jual takaful tu yg aku dh ada insurans dh pun, lagi detail dia tanya aku amik insurans apa, apa coverage dia etc macam desperate pulak.

Yg paling best, yg konon nak tanya kabar sebab dah lama tak contact tu, lepas tak nak invest dgn dia dia memang tak muncul2 dah. Nak wish selamat hari raya pun takde. Memang sebenarnya tak ikhlas pun nak keep in touch kan Tak payah la buat2 baik tanya kabar, konon concern semua.

Lagi yg aku tak suka ni, ada sesetengah bisnes people yg suka post status macam, takkan melabur sikit untuk masa depan pun tak boleh?. Iyelah, tapi nak melabur ni banyak saluran dia. Tak semestinya kena melabur dengan kau je. Or status yg salahkan kawan sebab tak nak tolong, atau salahkan Melayu sebab tak nak support bisnes Melayu. Ada Nabi larang kite berniaga dengan kafir ke? Kalau produk kau bagus, tak kisah la kau bangsa apa warganegara mana, akan ada market punya lah & yg paling aku rasa tak boleh blah bisnes ni senang je/ goyang kaki je duit masuk/ senang je nak jadi kaya/ modal sikit je dah boleh untung banyak bahahahaha macam skim cepat kaya dah bunyinye tu nothing worth having is ever easy la wehhh.. kalau bisnes senang nak kaya macam tu ramai dah orang kaya kat Malaysia.

Aku ni bukan nak condemn bisnes ye.. Bisnes ni sunnah, byk rezeki datangnye dari perniagaan. Tapi sebab orang2 macam ni la aku jadi tak berapa nak suka dengan orang2 MLM & insurans ni. Sebab kadang tu nampak sangat dia mula rapat dengan kite tu bersebab. Ajak keluar minum ingat nak catch up about our lives tapi last2 cakap pasal bisnes. Kawan2 rapat aku ramai je yg buat bisnes, tapi takdela nak pushy sangat. Ada kawan aku bangun awal pagi semata nak buat sandwhich jual utk breakfast dalam kuliah. Laku jugak tau, dah semua takde masa nak breakfast sendiri. Ada yg struggling baru bukak kedai handphone accessories. Bila kitorang lepak, dia tak bukak cite sangat pun pasal bisnes dia. Kitorang sendiri yg contact dia bila nak beli barang. Aku sendiri pun buat partime sambil study dulu, buat servis delivery. Laku jugak la sebab ramai junior kat Kuantan Campus ni tak boleh bawak kereta kan, especially time nak balik kampung.

Point aku kat sini, aku tau tak boleh ada rasa segan silu dalam bisnes. Tapi agak2 laa jangan lah sampai annoying sangat nak promote tu. Bisnes ni sebenarnya kena rajin + pandai tengok market. Tak semestinya kena jual produk, boleh jugak jual services. Tengok what the public needs. Ni kalau dah semua orang jual takaful, last2 sapa yg nak belinye? (Ni contoh ye, aku bukan target agen takaful). In the end terpaksa jugak lah kau bukak phonebook & contact random people just to promote your business.

Maaflah kalau ada yang offended. Mungkin yang terasa boleh tengok balik cara approach potential client sebelum ni. Harap boleh ambil dari sudut positif.

Kawan lama

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply