Inspirasi

Mangsa produk tempatan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mangsa Produk Tempatan

Pengajaran buat semua, hati2 dlm pemakaian produk skincare terutama nya produk local.Hasil dari seminggu pemakaian produk bernama T***. Setelah betol2 genap seminggu percubaan & kulit menjadi semakin teruk sehingga timbul jerawat2 besar dan bernanah, aku menghentikan penggunaan. Sebelum ni memang aku bkn jenis orang yg mengamalkan apa2 produk kulit kecuali pencuci muka, selain makeup yg wajib dipakai apabila ke mana2.

Krim malam siang sunblock kunyit tu memang xpakailah sebelum nie, sbb mmg jenis dasar pemalas nk tepek2, dh bertahun xpakai pape produk, tapi sebab sejak dtg aura nk masuk kerja ni, terdetik dlm hati nak peloles mcm org lain, jd aku try beli produk nie. memang semenjak beli, aku betol2 amalkan seperti yg tertulis di instruction cara pemakaian. siang aku pakai, malam aku pakai, mengikut jenis2 krim tu. memang xmiss.

Mungkin salah aku kot, mungkin bkn salah produk nie sebab ramai je rasanya yg guna produk nie berkesan, tp tu lah, org ckp kebanyakan produk local nie repacking, rebrand, & sbginya, jd hati2lah. bila dah terkena, rasa trauma dh xingin pakai apa2 produk local lg. hahah xnak pon tutup periuk nasi sape2, tapi berhati2 lah. someone diagnosed me as aku allergic kepada bahan kimia. jadi sekarang aku amalkan natural remedy to cure, dan lepas 3 hari, jerawat yg segar bugar tu dah kempis dan meninggalkan parut. alhamdulillah kulit dan semakin baik. Antara usaha yg aku buat ialah

-aku scrub kulit dengan beras+gula+garam, goreng, blend, bila nak pakai taruk air (1st day je),
-aku amalkan basuh muka dengan air beras,
-guna normal saline (air garam) sbgi toner,
-lidah buaya ori untuk kempiskan jerawat dan hilangkan parut (kalau xde kat rumah boleh beli kat aeon bahagian organik)
-malam pulak lepas mandi aku sapu muka dengan dengan tomato+timun batang yg diblend kemudian letak dalam peti atas, jadi ketulan ais,
-lepas sapu ketulan ais ni, aku basuh muka, dan gunakan normal saline sbgi toner (mmg dr pagi sampai ke mlm aku kerap sapu normal saline)
-waktu tidur aku biarkan kulit tanpa letak apa2 biar kulit bernafas..

alhamdulillah kulit muka dah okey sikit..Lepas terkena nie memang aku syorkan korang berhati2 lah dengan penggunaan local product nie. tapi masalahnya makin ramai pulak yg iklan produk itu ini kat aku dalam aku tengah trauma ni. hahaha

Si Mangsa

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply