Inspirasi

Mentaliti terhadap peminta sedekah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mentaliti Terhadap Peminta Sedekah

Assalamualaikum. Tq admin kalau approve.

Okay, aku nak buat confession pasal mentaliti orang sekarang terhadap peminta sedekah. Nama aku biarlah rahsia. Aku belajar kat salah satu U tempatan di selatan Malaysia. Btw aku ni seorang yamg yg cepat kesian tambah2 bila nampak orang susah.

Actually aku cukup tak suka dgn mentaliti orang sekarang pasal pemintak sedekah. Kalau ada yang nak mintak sedekah susah sangat ka nak bagi even RM1 ? Aku tak suka sebab orang sekarang ni suka sangka buruk. Orang selalu sangka peminta sedekah ni pemalas, malas nak cari kerja, yang tahu mengemis, duit sedekah tu guna utk berjoli sakan. Astaghfirullah, korang tau mana diorang macam tu ? Tak habis buat dosa kering ! Cuba bersangka baik sama, manatau pemintak sedekah tu sakit jd dia tak boleh nak buat kerja ataupun penyakit dia jenis berjangkit sbb tu tak ada sapa nak bg dia kerja. Manatau pemintak sedekah tu sebenarnya baru balik dari kerja ka, duit tak cukup buat beli susu anak. Aku paham ada yang takut kalau diorang tu menipu. Bagi aku la kan, dia tipu or tak tipu tu urusan dia dengan Allah, asal kita ni niat betul nak tolong dia. Bagi rm1 je kat diorang kau takkan miskin laa, tapi kau akan dapat rezeki lagi ada la. Macam mana kalau dia memang orang susah yang betul2 perlukan duit, bila kita bagi walaupun rm1 dia akan doakan kita. Kalau kau nampak org tu mcm malas nak kerja nasihat2 laa dgn cara baik, jgn halau. Lagi sedih bila halau org tua. K fine, kalau kau tak nak bg rm1 pun takpe, tp bgtau elok2, jgn buat mcm dia tak wujud, mcm dia tak de perasaan kau mngata mcm2, kesian aku tengok, diorang pun manusia jugak.

Aku ada la kisah pasal mentaliti yang ada pada kawan2 aku. Ada satu malam ni kami nak release stress lepas habis submit assignment, so aku dan kawan2 aku 7 orang(3 laki, 4 perempuan) ingat nak makan mewah sikit jd akubpun join sbb boring, kami pergi laa ke pusat bandar untuk makan. Ok then kami makan la dengan harga yg mahal tp tak cukup kenyang. Lepas makan kami nak gi lepak jalan2 kat pusat bandar tu, kami malas nak balik kampus sbb dah malam jd kami rancang lepak smpai pg, esok tu baru balik. Malam tu dlm pkul 2-3 mcmtu, kami makan lagi utk round kedua. Makan kat kedai biasa2 je kat tepi jalan, biasa lah mana puas kalau sehari tak makan nasi. Sementara nak tunggu order sampai, ternampak la sorang pakcik ni datang setiap meja sambil salam n ucap selamat hari raya n mintak duit nak beli susu anak. Aku tgok ja la, dlm hati aku berdoa semoga pakcik tu dimurahkan rezeki sbb aku kesian. Yang kawan2 aku yang lain dah gelisah dah takut pakcik tu jahat laa apa laa. Pastu pakcik tu datang meja kami n salam kwn2 laki aku then dia kata anak, pakcik nak rm10 buat beli susu anak sambil2 hulur tangan. Aku fikir rm10 mybe pakcik tu expect rm1 or rm2 sorang. Aku masa tu tgn dah dalam beg dah nak bawak keluar duit tp entahlah aku tgok kwn2 aku, aku jd tak jadi nak bg duit. Kawan2 ada yg buat muka, ada yang buat2 tak nampak, pakcik tu tunggu la last skali kwn aku sorang ni ckp kami tak ada duit so pakcik tu pun blah pegi kat meja lain. Kwn aku ada cakap mcmni dia boleh kerja lagi kenapa nak mintak2, kita ni pun student mana ada duit . Aku pun hahahaha dalam hati. Tak dak duit kau cakap ? Hmm betul lah duit habis buat makan mewah nak bagi rm1 pun tak mampu tp nak bayar makanan yg dia order tu ada pulak duit ? Tak dak duit, tapi makan dah dua round dah.

Tak kisah laa pakcik tu tipu ka dak, yg pasti kalau niat kita nak sedekah baik n dapat la pahala, rezeki pun bertambah. Kuasa sedekah ni kuat tau, walaupun sedekah rm1 atau rm2 je nanti kita dapat rezeki yg tak disangka2, n rezeki tu tak semestinya duit , boleh jd rezeki dapat dean list, rezeki dapat makan free, dll.

Orang sekarang, nak berjaya tapi tak mau bersedekah, solat pun tinggal lagi. Aku nak selit sikit laa rahsia kejayaan yg aku amalkan.

Aku bukan nak riak or berlagak ka apa, aku ni dulu tak pandai mana, upsr out, pmr out, start spm baru up. Kadang2 aku study ala kadar jaa, dlm kelas dulu juara tidur. Tp ramai kawan aku ckp aku ni diam2 ubi berisi, senyap2, blur2 tp rupanya pandai. Alhamdulillah rezeki kalau dapat result elok. Tp jgn lah berlagak ye, share ilmu dgn kwn2 lain.

Okay, rahsia kejayaan paling utama.
1. Habluminallah
2. Habluminannas

Jaga hubungan dgn Allah, solat jangan tinggal, baca al quran. Tp aku pun kekadang tertinggal jugak tp kena cpt qada laa. Lagi bersangka baik la dgn Allah. Kalau Dia takbagi rezeki sekarang ni lambat laun dia akan bagi yg lebih lagi. Bagi aku apa yg jd semua ada hikmah. Jd bersabar lah, bersangka baik lah dgn Allah.

Jaga hubungan dgn manusia, yg ni yg org slalu terlepas pandang. Kalau kau jaga hubungan dgn Allah tp dgn manusia tak, tak guna weh tak guna. Kau sakitkan hati mak ayah kau, kau sakitkan hati kwn2 kau, kau sakitkan hati cikgu2/lecturer2. Macam mana nak jaga hati diorang ? Jagalah mulut. Sbb mulut badan binasa, sbb mulut hati org terluka, sbb mulut mcm2 boleh jd. Jaga lah mulut, jgn asyik mengata mngutuk org, jgn perli sindir org. Aku mmg tak berkenan dgn perli2 ni, sakit tau hati ni sakit sangat tambah2 perli2 kasar. Lagi jgn asyik tokok tambah cerita sbb yg tu dh jd fitnah ! Satu lagi jaga perbuatan. Masa lecturer mengajar jgn lah main handphone. Masa lecturer mengajar laa kau nak whatsapp pakwe/makwe kau, nak scroll instagram. Jangan tidur masa lecturer tgh ajar. Aku dlu mmg kuat tidur teruk dlm kelas sbb skolah dlu duduk asrama sampai terlelap dpn cikgu tau, bnyk kali ulang alik pegi toilet semata2 nak basuh muka. Aku dah cover dah tak nak bg cikgu perasan aku tidur tp kantoi jugak. But its okay atleast ad effort utk hilangkan ngntuk. Yg tak syoknya bila kau ngantuk, kau tidur depan lecturer sampai lecturer dah tegur pun kau still tidur jugak. Bg org lain myb takpa dah ngntuk berjaga mlam, berpenyakit pulak. Aku pun berjaga malam tp aku tahan gak ngntuk aku. Bg aku org yg mcm tu kurang ajar mybe takdak niat tp atleast tunjuk effort sma, pi la basuh muka tu, berjalan2 kaa smpai ngntuk hilang. Tau dak bila buat macamtu lecturer/cikgu terasa hati, diorang sedih sbb diorang fikir diorang ajar bosan pstu student tidur, tak hormat langsung ! Lagi satu, tak salah nak bergurau dgn lecturer tp ada limit jugak tau jgn smpai dia terasa. Haaa , jangan kutuk lecturer. Rmai buat, tipu lah kalau tak penah. Kau kena ingat lecturer tu bg kau ilmu, teruk mana pun dia kalau kau kutuk dia tak berkat apa yg kau belajar dri dia, ingat tu ! Sama laa macam aku dah kata td, kalau mulut n perbuatan kau dah buat org terasa then tak minta maaf, tak berkat. Mcm2 benda yg buat kita belajar tak berkat termasuk couple. Sbb tu aku tak nak couple sbb aku tak nak apa yg aku belajar selama ni tak berkat sbb tak jaga pergaulan.

Rajin2 lah jugak nanti tolong org, tolong kwn, tolong parents, tolong lecturer, sedekah jugak tu tp yg tak keluar duit ni pun org still tak nak buat. Hmmm.

Nanti kalau nampak kucing lapar, rajin2 lah bg dia makan sbb dalam rezeki kita ada rezeki makhluk lain jugak. Kau bg dia makan n mintak dia doakan kau dimurahkan rezeki n dapat result bagus, inshaaAllah menjadi sbb aku pernah try. Ingat lah, sedekah tu sangat power.

Apa2 pun dalam dunia ni sebelum nak buat apa2 fikir dlu berkat ke tak nanti, baru Allah redha. Mentaliti terhadap peminta sedekah tu mohon tauk jauh2, kalau org datang mintak derma bagi ja, kalau sindiket kau tak berdosa pun. Kalau ada duit berapa rm tu bg je, jgn kedekut sgt, jgn asyik ckp tak ada duit tak ada duit, tak ada sungguh baru tau. JANGAN BERSANGKA BURUK PADA PEMINTA SEDEKAH/ORANG SUSAH. Kita hidup macam roda, waktu sekarang kita senang nnti manatau kita susah pulak. Jd rajin2 lah bersedekah, sedekah anak yatim ka, sedekah kat pengemis ka, kat tabung masjid ka, kita tolong org, org tolong kita balik nnti. What you give you will get back.

Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum.

Miss K

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply