Semasa

Pemenang pingat perak sukan olimpik bakal dibunuh

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aksi Elisa yang mengundang kemarahan kerajaan Ethiopia.

PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaaannya sekira pulang ke tanah air.

Memetik laporan The New York Times, Lilesa memberitahu ancaman itu berpunca daripada tindakannya, membuat tanda pangkah (X), selepas selesai acara maraton.

Tanda pangkah itu merujuk kepada protes terhadap kerajaan Ehtiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.

Katanya, oleh kerana tanda protesnya itu, ada saudaranya yang telah dipenjarakan.

“Kalau kamu bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya aku kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuh, atau memenjarakanku,” katanya.

Dalam pada itu, katanya keadaan di negaranya kini dalam keadaan yang sangat bahaya.

“Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negaraku,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.

Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa. Bahkan Washington Post melaporkan,tindakan paling berani dalam Olimpik 2016.

Lilesa atlet berusia, 26, berhasil mencapai kemenangan apabila mencatatkan masa 2 jam,9 minit,54 saat.

Selepas mencapai garisan penamat Lilesa lantas melakukan ‘pose’ tanda pangkah, namun tidak ada sepatah kata pun yang diungkapkannya selepas memenangi pingat perak.

Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan terakhir ini. Tindakan anti pemerintahan dilakukan kerana tidak bersetuju mengenai cadangan memindahkan ibu negara dari Addis Ababa ke Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.

“Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes,” kata Lilesa dalam satu kenyataannya selepas pertandingan.

Menurut Washington Post, televisyen nasional Ethiopia tidak menyiarkan kemenangan Lilesa di garisan penamat.

http://www.sinarharian.com.my/sukan/…bunuh-1.555073

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply