Semasa

Penjenayah mungkin jadikan saya sasaran jika isytihar harta – ku nan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


KUALA LUPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak akan mengisytiharkan asetnya kepada umum kerana bimbang diri dan keluarganya akan dijadikan sasaran penjenayah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menggesa Tengku Adnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz supaya mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan.

“Saya mengisytiharkan harta saya terus kepada perdana menteri setiap tahun.

“Saya pernah menjadi ahli perniagaan dan mempunyai banyak aset. Saya juga takut sekiranya mengisytiharkan aset, anak-anak dan isteri saya mungkin diculik, penjenayah boleh merompak kami – apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

“Bagi Datuk Bandar, beliau mengisytiharkan asetnya kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa).

“Saya telah mengarahkan datuk bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membincangkan cara terbaik bagi mengendalikan perkara itu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu DBKL akan berkongsi maklumat mengenai berapa banyak aset, nama akaun dan juga sebagainya pada minggu akan datang.

“Perkara sama juga akan dilakukan terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Alumni Pusat Perubatan Pertahanan Kebangsaan (NDMC) ke-10 di sini Ahad.


sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berit…r-saya-ku-nan/

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply