Semasa

2 wanita pengsan bergaduh mulut 8 jam tanpa henti

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang




Foto fail kediaman di Wenzou, China. Dua wanita di wilayah Shanxi pengsan selepas bertekak selama lapan jam. Foto oleh Lam Yik Fei/The New York Times

HONG KONG, 22 Ogos Dua wanita di barat laut China pengsan akibat keletihan selepas saling bercakaran selama lapan jam tanpa makan dan minum.

Wanita pertengahan usia terbabit yang tidak dinamakan bergaduh di jalan raya di Ankang, wilayah Shanxi minggu lepas, lapor South China Morning Post.

Polis difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana masalah hutang.

Menurut polis, kedua-dua mereka mula bertemu sekitar jam 2 petang.

Sejam selepas itu, salah seorang wanita terbabit pernah meminta bantuan polis namun menolak cadangan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah di mahkamah.

Kedua-duanya didapati pengsan atas jalan raya selepas polis kembali semula ke tempat kejadian lapan jam berikutnya pada 10 malam.

Salah seorang berbuih di mulut dan tidak dapat mengawal nyahtinja.

Mereka langsung tidak makan dan minum sepanjang bergaduh walaupun cuaca pada hari tersebut sangat panas, kata polis.

Kedua-dua wanita terbabit kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut portal China Topix, pergaduhan pelik di tengah-tengah jalan bukanlah perkara asing di republik tersebut.

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr….D5kvupgT.dpuf

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply