Semasa

452,721 calon duduki upsr mulai 1 september

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


KUALA LUMPUR – Seramai 452,721 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 yang akan diadakan selama lima hari pada 1, 5 hingga 8 September ini

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah tersebut 443,677 merupakan calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,044 calon sekolah swasta

Sebanyak 8,100 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 51,518 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual

Lembaga peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan berjalan lancar

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my


Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply