Semasa

Datuk bertatu naga ditembak mati

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar Datuk terbunuh selepas ditembak sebanyak enam kali ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di ibu negara pada awal pagi.

Mayat mangsa keturunan Cina itu hanya dijumpai pada pukul 7 malam pada Ahad, dan mangsa dipercayai dibunuh pada awal pagi Sabtu.

Dia ditemui di tempat duduk kenderaan Toyota Hilux, kira-kira 300 meter dari tempat tinggalnya di Taman Yulek, Cheras.

China Press melaporkan, sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dengan tulang rusuk kiri mangsa terkena empat peluru dan masing-masing sebutir peluru terkena tangan dan belakang tubuhnya.

Polis menyiasat kes itu daripada pelbagai aspek, tetapi tidak menolak kemungkinan pembunuhan adalah bermotifkan dendam.

Mangsa yang berbadan gemuk dan berkepala botak mempunyai tatu bermotif naga pada kedua-dua tangan manakala tatu berupa rama-rama dan pisau pada kaki. Dia dipercayai pernah terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

Mangsa juga dilaporkan mempunyai dua buah rumah teres bertingkat dua di jalan dan taman perumahan yang sama, dan dia dikhabarkan bersedudukan dengan teman wanitanya.

Rumah mangsa boleh dikatakan dikawal ketat dengan dua ekor anjing yang dipelihara dan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang pada pintu pagar.

Menurut jiran, mangsa dikenali penduduk setempat sebagai “Datuk”.

“Kami terdengar bunyi tembakan pada awal pagi Sabtu, tetapi menyangka ia adalah letupan mercun dan tidak memberi perhatian,” kata seorang jiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Azman Mohd. Isa mengesahkan kes tersebut tetapi tidak mengulas lanjut.

http://malaysiagazette.com/ms/akhbar…-ditembak-mati

Toyota

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply