Semasa

Dikongsi lebih 700, 000 kali, ibu ni bagi pengajaran bermakna kepada anaknya hanya guna ubat gigi

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sumber: FB Amy Beth& Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin

Ibu bapa adalah orang penting untuk mencorakkan anak-anak. Seorang ibu mengajar anaknya satu pengajaran yang bukan untuk anaknya sahaja tetapi untuk orang lain juga selepas dikongsi di laman Facebook sebanyak lebih daripada 700, 000 kali. Wow!

Walaupun statusnya dimuat naik dalam Bahasa Inggeris, ini mesej yang disampaikan dalam Bahasa Melayu

“Anak saya akan memulakan persekolahan esok. Kami sudah hiaskan almarinya, beli uniform baru, dan juga beg sekolah baru. Tapi malam ini, sebelum dia tidur, kami lakukan satu tugas penting yang jauh lebih penting dari perkara lain.”, tulis Amy.

“Saya berikan dia satu tiub ubat gigi dan menyuruhnya memicit semua isinya ke dalam satu pinggan. Apabila dia selesai, saya suruh dia masukkan isi ubat gigi itu kedalam tiubnya semula.

“Dia mula berleter dengan berkata ‘Tapi tak boleh!’ dan ‘Ia tak akan jadi sama seperti asal!’. Saya menunggu di habis berleter dengan tenang sebelum berkata :

Kamu akan ingat sepinggan ubat gigi ini untuk seumur hidup kamu. Kata-kata yang keluar dari mulut kamu ada kuasa yang sangat besar.

Kamu akan memulakan persekolahan, dan kamu akan saksikan tanggungjawab yang akan dipikul oleh mulut kamu.

Kamu akan berpeluang menggunakan kata-kata kamu untuk menyakitkan, menghina, memfitnah dan mencederakan orang lain.

Kamu juga berpeluang untuk melihat bagaimana kata-kata kamu boleh menyembuhkan, mendorong, memberi inspirasi dan menyayangi orang lain.

Kadang-kadang kamu akan membuat pilihan salah dalam hidup.

Sama seperti ubat gigi ini, apabila kata-kata sudah keluar dari mulut, kamu tidak boleh tariknya balik.

Gunakan kata-kata dari mulut kamu dengan berhati-hati, Breonna. Apabila ada orang lain menggunakan kata-kata mereka dengan salah, pastikan kamu mengawal apa yang keluar dari mulut kamu.

Setiap kali bangun pagi, pastikan kamu membuat pilihan untuk mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja dari mulut kamu. Malam ini, buat keputusan yang kamu akan jadi seorang yang baik hati di sekolah.

Biar orang kenal kamu dengan sifat sopan santun dan kasih sayang. Kamu tidak akan menyesal memilih membuat kebaikan.

Sumber: Era

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply