Semasa

Dua wanita bertengkar dari 2 petang hingga 10 malam di tengah jalan sampai pengsan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sumber: SiakapkeliOleh: Aimi Nordin

Tak dapat dibayangkan betapa lamanya dua orang wanita ini bertengkar di atas jalan yang panas terik hingga berjam-jam disebabkan hutang. Dua wanita ini bertengkar di wilayah Shanxi tanpa sebarang makan dan minuman sambil menjerit ke atas satu sama lain.

Selepas bertengkar pada pukul 2 petang, salah seorang daripada mereka ada menelefon polis. Pihak polis menasihati mereka supaya selesaikan di mahkamah. Tetapi mereka enggan dan meneruskan pertengkaran.

Pada pukul 10 malam pihak polis datang kembali untuk memantau keadaan dan melihat mereka berdua sudah terbaring pengsan di atas jalan raya dan salah seorang dalam keadaan mulut berbuih.

Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Saya sangat kagum yang mereka boleh menjerit ke arah satu sama lain selama 8 jam. Selain itu, mereka juga ‘berbaring’ atas tanah secara bersebelahan dan ia sangat comel”, kata seorang netizen.

“Cuma perasaan ingin tahu, adakah mereka merancang posisi untuk mereka pengsan?”, tulis 7f705ec pula.

Seorang lagi netizen berkata : “Wow, saya tidak lagi akan meragui keinginan wanita untuk memenangi sebuah pertengkaran”.

Janganlah jadi seperti mereka okay? Tak guna pun bergaduh kalau tak boleh selesaikan masalah. Akhirnya dua dua merana.

Sumber: Era

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply