Semasa

Gadis dipercayai dilarikan dua lelaki

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


AMPANG JAYA: Seorang remaja perempuan dilaporkan dilarikan dua lelaki menaiki sebuah kereta di persimpangan Jalan AU5C/7 Taman Lembah Keramat di sini, pagi tadi

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa yang belum dapat dipastikan identitinya dikatakan sedang berjalan kaki sebelum seorang individu di dalam kereta menariknya masuk ke dalam kenderaan itu

Mangsa yang dilihat memakai tudung berwarna merah sempat dan berseluar putih menjerit meminta tolong namun penduduk di kejiranan itu tidak sempat berbuat apa-apa untuk membantunya kerana kejadian berlaku amat pantas

Seorang saksi dikenali sebagai Samsiah Osman, 74, berkata dia kebetulan berada di luar rumah sebelum mendengar suara mangsa menjerit

“Saya dengar suara orang menjerit minta tolong dan bila saya intai dari celah pagar, saya nampak seseorang menarik budak (mangsa) ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang

“Saya kemudian jerit panggil suami supaya menghubungi polis dan kereta berkenaan terus memecut,” katanya ketika ditemui pemberita, sebentar tadi

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu

“Namun kita hanya menerima laporan daripada penduduk di situ dan belum ada laporan diterima daripada keluarga mangsa

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada ia benar kes culik atau ia hanya berpunca daripada pergaduhan antara teman lelaki dengan teman wanitanya,” katanya ketika dihubungi, di sini

Justeru, katanya, orang ramai yang ada maklumat kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga, diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan

Kejadian itu menjadi viral di media sosial selepas perkara itu dikongsikan penduduk Taman Lembah Keramat melalui kumpulan komuniti WhatsApp kejiranan itu

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/185948


Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply