Inspirasi

Hormat seorang guru – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Hormat Seorang Guru

Assalammualaikum. Firstly, terima kasih admin approve confession ni. Aku harap yang membaca dapat pengajaran dari cerita ni.

Kedua dua ibu dan ayah aku cikgu. Empat orang makcik aku cikgu. Sorang Abang aku future cikgu haha senang cerita, aku mmg dilahirkan dalam family cikgu. So dari kecik aku dididik betapa pentingnya education, and nasihat yang selalu aku dengar-pentingnya berkat seorang guru (put aside agama). Sebagai anak cikgu, homework aku dari tadika dipantau: Tak siap kena rotan. Tak hafal sifir kena rotan. Pernah aku buat dah betul dah, tapi mak aku tersilap baca soalan, rotan juga.pastu mak aku cakap Uh ibu la silap, sorry hahahah. Masa tu aku marah je, tapi sekarang aku paham, and aku sayang ibu ayah aku. Perjumpaan tiga penjuru paling seram bhai, ayat favourite ibu aku KALAU UNTUK BELAJAR, CIKGU NAK ROTAN KE BELASAH KE BUAT JE CIKGU. ASAL JANGAN MATI JE ANAK SAYA NI CIKGU Takdek ketawa ketawa lepas tu, mmg cakap dgn muka ketat! Gila kau, kalau aku balik rumah patah kaki agaknya mak aku tak kesah pun, suruh mandi pastu pergi belajar.

Main story ni, pasal ayah aku. Seorang cikgu yang lembut hati. Yang tak suka marah anak anak. Kalau marah pun, kau boleh gelak (tapi gila kau nak gelak, mati ibu aku nampak nanti). Currently, ayah aku mengajar di sebuah kolej persediaan untuk pelajar ke luar negara. Bunyi macam gah kan? Tapi, kalau ada putih mesti ada hitam. Banyak cerita yang baik baik pasal student dia yang ayah aku share, tapi ada jugak yang buat aku sedih. Ayah aku cikgu subject science graduan uni tempatan. Sejak dari sekolah sampai ke uni, subject science atau sains diajar dalam bahasa melayu dan ayah aku mula mengajar di sekolah menenggah dalam bahasa melayu sehingga dia dipindahkan ke kolej persediaan dan perlu mengajar dalam bahasa inggeris hingga sekarang.

Ayah aku anak jati kedah yang pekat loghatnya haha tapi sayang sorang anak pun tak lekat loghat. Ayah aku mengaku english dia tak hebat mana. Dia speaking pun mmg bunyi kedah la. Tapi yang aku kagum, ayah aku ni kuat study. Setiap kali baca paper kalau dia tak paham dia tanya, tgk tv baca subtitle english nnt dia tanya apa maksud and bila nak guna. Kalau dia tengah prepare notes untuk student dia, kau akan dengar la dia practice cakap, kelakar mmg kelakar. Tapi bila kau nampak sendiri effort dia, boleh buat nangis.

Satu hari tu ayah aku tanya aku adik, kalau ayah cakap macamni, (speaking) salah ke? Tak! Mmg mcm tu cakap dia. What broke my heart was bila ayah aku cakap ayah cakap macamtu dalam kelas tapi student ayah gelak. babe nak jatuh air mata jantan aku. To be honest, ayah aku pernah mengadu benda yang sama dulu, student dia gelak kan english dia. Tapi masa tu aku mentah lagi, aku backup budak budak tu. Yelah, kalau cikgu aku buat silap pun aku gelak dalam kelas. Tapi sekarang tak, aku rasa marah + sedih. Aku cuba cakap baik baik dengan ayah, mungkin student dia gelak pasal benda lain.

Tak lama lepas tu, satu malam before aku masuk tidur, ayah aku kemas paper notes dia untuk mengajar esok. Dia cerita pasal sorang murid dia ni, perempuan yang pernah duduk oversea, so slang mmg wow la. Budak ni kalau ayah aku tersilap cakap, tersalah eja, dia la yang gelak dulu. Pastu kawan kawan dia gelak jugak. Tapi bila ayah aku tanya kenap gelak, dieorg taknak cakap. Ayah aku cerita gelak gelak sikit, tapi aku tahu ayah aku sedih. Mungkin ayah aku baik sangat, dia treat students macam anak, dia taknak marah marah. So sebab tu students dia ingat ayah aku ni boleh buat bergurau benda macam tu, padahal dia tak tahu, ayah insecure sikit bab tu.

Post ni bukan untuk cikgu cikgu, bukan untuk ayah aku. Tapi untuk kita yang students ni. Jadi cikgu tak senang wey. Siapa kata cikgu ni untuk orang yang result spm biasa biasa je! Ni aku tak cerita pasal students mak aku yang kurang ajar, yang biadap. Tahap kesabaran kena tinggi, niat kena baik, kena kreative fikir seribu satu cara untuk buat kita paham. Cikgu cikgu ni lembut hati, dia jerit marah cakap kecewa dgn kita sampai takkan maafkan, tapi bila kau cakap sorry, dia akan maafkan. Ingat, berkat guru tu penting. Tak susah pun nak jaga hati guru, aku tak suruh kau pi bodek belanja makan, just respect your teachers please.

Mak aku selalu pesan: tak rugi pun jaga hati orang, kalau kita jaga hati orang, nnt Allah jaga hati kita. Yang dah terlambat tu, minta kat Tuhan supaya hati cikgu kita terdetik untuk maafkan. Yang masih sempat lagi minta maaf, atau kalau malu minta maaf, just treat your teacher nicely okay!

Terima kasih

Anak cilgu

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply