Semasa

Lelaki dipenjara 9 bulan seludup burger ramly ke singapura

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Mohamed Dawood


Hiasan.

SINGAPURA, 22 Ogos Gara-gara ingin mendapatkan keuntungan segera sepanjang bulan Ramadan lalu, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan denda sebanyak RM23,886 selepas menyeludup kuih-muih dan daging burger jenama Ramly dari Malaysia ke Singapura.

Jun lalu, lelaki terbabit yang berusia 48 tahun itu mengambil keputusan untuk menyeludup masuk kek, kuih-muih dan daging lembu burger Ramly melalui Tambak Johor.

Tetapi apabila dia berhenti di titik semakan Tuas untuk pemeriksaan keselamatan, Mohamed Dawood R M Abdul Sukkur sedar bahawa pihak berkuasa akan mengesan daging lembu terbabit kerana dia tidak mempunyai lesen mengimport yang sah dan cuba untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, cubaan tersebut gagal kerana keretanya rosak berhampiran Pan-Island Expressway.

Dawood yang hadir ke mahkamah hari ini mengakui mengimport produk daging tanpa lesen, menyalahgunakan proses keadilan dengan melupuskan daging burger, menghalang pegawai Kastam menjalankan tugas dan memandu secara melulu.

Beliau juga bersetuju dengan empat pertuduhan lain yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Hakim Daerah Lee Poh Choo berkata selain dipenjara sembilan bulan dan denda RM23,886, Dawood juga dilarang memandu semua jenis kenderaan selama tiga tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Menurut dokumen mahkamah, Dawood yang mengendalikan syarikat pengedaran makanan itu didapati memandu sebuah kereta BMW yang disewa dari Malaysia kira-kira jam 7.00 pagi pada 23 Jun tahun lepas.

Beliau didapati menyembunyikan 105 paket daging burger lembu seberat 37.8 kilogram dalam but keretanya di bahagian tempat simpanan tayar ganti.

Beliau merancang untuk membekalkan kuih-muih tradisional ke kedai-kedai di sekitar Singapura dan menjual daging burger itu ke pasar malam di Woodlands.

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr….FZha6mqo.dpuf

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply