Semasa

Mural karya banksy bernilai stg 1 juta musnah dalam kerja pembinaan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


LONDON: Mural bernilai STG1 juta (RM5.3 juta) karya artis jalanan British, Banksy yang menyindir program pengawasan kerajaan pada 2014, musnah ketika kerja pembinaan dilakukan di rumah itu, kata pihak berkuasa tempatan hari ini

Karya berjudul Spy Booth itu, memaparkan tiga lelaki mengenakan kot trenc yang mencuri dengar perbualan menggunakan peranti pendengaran yang dilukiskan pada telefon awam sebenar di Cheltenham, barat daya England

Ia terletak hanya lima kilometer (km) daripada pusat pendengaran kerajaan United Kingdom (UK), GCHQ yang menjadi subjek kepada siri pembongkaran oleh bekas kontraktor perisikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden yang kini menjadi pelarian

Kerajaan tempatan berkata, pemilik rumah mengesahkan mural itu rosak ketika kerja pembaikan dilakukan di bahagian tepi sebuah rumah teres yang mana karya itu sebenarnya diberikan status perlindungan selepas ia muncul pada waktu malam dalam April 2014

“Beliau menjalankan kerja di hartanah miliknya berikutan notis kerja segera yang dikeluarkan oleh pihak majlis bagi membaik pulih premis itu

“Kami memang maklum dengan kelemahan struktur beberapa bahagian bangunan itu di mana mural itu berada, tetapi tak tahu sejauh mana ia akan memberi kesan kepada karya itu sehinggalah kerja dilakukan,” kata jurucakap pihak berkuasa tempatan, Mark Nelson

Paparan gambar di Twitter menunjukkan dinding berkenaan dileraikan menjadi batu-bata

Pemilik hartanah sudah menyerahkan pecahan yang mengalami kelonggaran kemasan yang memaparkan karya mural berkenaan kepada majlis untuk digunakan dalam penyiasatan, kata Nelson

Mural yang dinilai pada STG1 juta (RM5.3 juta) itu, menjadi tarikan pelancong tetapi mengalami kerosakan apabila pelukis grafiti lain membuat semburan warna perak dan merah ke atas karya artis misteri itu

Sementara itu, Ahli Parlimen Konservatif, Alex Chalk, menyifatkan pemusnahan itu sebagai ‘berita mengejutkan’ terhadap mural yang dianggap ‘karya warisan artistik Cheltenham yang dikagumi.’

“Kita perlukan inkuiri segera untuk menyiasat hingga ke akar umbi terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Sesiapa saja yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan,” katanya seperti dilaporkan Press Association

Banksy yang tersohor dengan karya seni jalanan, sering menggunakan imej subversif dan satira untuk menyindir subjek seperti peperangan, kapitalisme, hipokrasi dan tamak

Artis itu juga meninggalkan karya seninya di tembok pemisah Israel yang kontroversi di Tebing Barat

Identiti artis itu masih menjadi rahsia tetapi beliau dipercayai bermula sebagai pelukis grafiti di barat daya Bristol

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/185933


Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply