Semasa

Perintah berkurung ke – 49 diteruskan di esszone

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Oleh : TS LOO



sumber foto: www.sayangsabah.com

Walaupun bakal berakhir malam ini, perintah berkurung ke-48 di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) akan dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-49, bermula esok.


Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun fasa baharu perintah berkurung di kawasan itu dikuatkuasakan bermula jam 7 malam esok hingga 8 September depan.


Peraturan itu dikuatkuasakan di perairan tujuh daerah dalam kawasan ESSZONE iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran, sejak dua tahun lalu.


Berikutan itu, orang ramai di daerah terbabit diingatkan agar tidak berada di lokasi yang diisytiharkan kawasan perintah berkurung bermula jam 7 malam hingga 5 pagi.


Bagi masyarakat tempatan yang perlu turun ke laut untuk melakukan aktiviti perikanan atau laluan mendesak ketika perintah berkurung, adalah disarankan mendapatkan permit daripada ketua polis daerah di kawasan berkenaan.


Langkah meneruskan perintah berkurung itu bagi mengekang pencerobohan pengganas dan ancaman penculikan, tegas beliau.


“Berdasarkan maklumat, pengganas termasuk kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina masih cuba menceroboh kawasan ESSZONE untuk melakukan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR).”– CARI




sumber berita : Bernama

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply