Inspirasi

Please stop it – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Please Stop It

Assalamualaikum. First of all thanks admin kalau confession ni tersiar.

I just dont know how to begin tapi aku still nak confess! Bukan apa sebab aku dah rasa fed up on certain cliche topic.

Aku ni perempuan umur dalam 20 tahun. Dan aku masih lagi belajar. Apa orang kata? Jauh lagi perjalanan. Okay kita straight to the point je la. Skrg kan mmg trend kahwin awal kan? Ye aku sikit pon tak ada masalah dgn org yang kahwin awal ni. Alhamdulillah rezeki, jodoh masing masing.

Cuma yang aku tak berapa nak berkenannya bila semuaaaaaa perempuan. Aku ulang, semua perempuan muda yang sebaya aku bahkan lebih muda asyik up pasal kahwin je. Weh seriouslah? Kau memang takda benda lain ke nak fikir selain kahwin?

Okay bayangkan k, tanggapan mereka yang berkehendak untuk kahwin awal ni sebab nak berubah kearah lebih baik. Eh hello, kalau kau belum kahwin pon kau boleh je nak berubah. Bergantung pada diri awak je girls. Tak payahlah macam merenyam sangat nak kahwin je.

Lepastu bila setiap kali lepak sama sama ya Allah stress betul aku sebabnya memang akan timbul isu kahwin ni lagi. Yang belum ada boyfriend sibuk dok canang tak sabar nak tahu siapa jodoh yada yada. Wehhhhh seriouslah? Tolonglah jangan asyik fikir soal jodoh je. Aku pon ada boyfriend jugak tapi leklek la kita kejar lah apa yang patut dulu. Ilmu pon tak cukup lagi, duit lagi.

Dan yang paling kelakar bila budak budak usroh, budak jemaah pon sama gatal je nak berzauj (Islamik sikit) Pergh tolonglah fikir jauh sikit. Apa kata korang berbakti dengan mak ayah, spend masa dengan mak ayah sebab once kau dah kahwin kau memang akan kepit dengan suami je, dan kalau suami kau pulak jenis lebihkan family belah dia ja hah menangis engko tak dapat nak bermanja dengan mak ayah sendiri.

Please, jangan nak terpedaya dengan gambar sweet, cerita korea sweet, drama pukul 7 yang entah apa apa tu. Banyak lagi benda kau boleh settlekan dulu sebelum nak berkahwin.

Mungkin ada yang akan bash confession aku, tapi peduli la sebab finally aku dapat luah apa aku rasa.

Miss Unkown

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply