Semasa

Polis buru 4 lelaki tinggalkan 3 ekor buaya dalam sekolah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

http://www.youtube.com/watch?v=kyugDMPdS9E



RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan empat lelaki memecah masuk ke Kolej Taminmin di Humpty Doo. – Foto EPA

CANBERRA: Polis Australia memburu empat lelaki yang meninggalkan tiga buaya air masin yang kekurangan zat dalam sebuah sekolah, selepas memecah masuk ke premis itu untuk mencuri peralatan komputer.

Polis Northern Territory berkata, suspek memecah masuk Kolej Taminmin di Humpty Doo, 40 kilometer ke selatan Darwin, awal Ahad lalu selepas menolak reptilia itu masuk menerusi tingkap yang pecah.

Rakaman kamera litar tertutup yang disiarkan polis menunjukkan mereka mencuri skrin komputer sebelum melarikan diri.

Renjer Taman dan Hidupan Liar berkata, mulut reptilia berkenaan yang ditampal dengan pita pelekat, kemungkinan dicuri dari ladang buaya berhampiran tetapi berkemungkinan tidak dapat diselamatkan kerana kesihatan teruk.

“Cuma tinggal kulit dan tulang, tiada lagi isi pada haiwan berkenaan. Ia amat diam dan mudah ditangkap.

“Kami akan memastikan ia dari ladang mana dan cuba membawa haiwan berkenaan balik ke ladang itu tetapi melihat kepada keadaannya, ia perlu dibunuh,” kata renjer Luke McLaren. – REUTERS

http://www.bharian.com.my/node/185906

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply