Semasa

Syabas public bank enggan bersekongkol dengan tauke kondo lembu

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

terima kasih kepada pegawai bank
terima kasih rafizi

ISNIN, 22 OGOS 2016 @ 2:34 PM

Pengerusi Eksekutif NFCorp, Public Bank gagal capai penyelesaian

KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp), Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga pihak lagi gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan perundangan mereka terhadap Public Bank Berhad berhubung kebocoran maklumat sulit akaun bank.

Peguam Syed Ismat Syed Muhammad mewakili NFCorp, berkata terma yang dicadangkan bagi penyelesaian itu tidak dipersetujui Public Bank. Beliau berkata Mahkamah Tinggi menetapkan 21 Oktober ini untuk Mohamad Salleh memberi keterangan pada pendengaran kes saman itu.

Syed Ismat ditemui pemberita selepas bertemu Hakim Datuk John Louis O’hara di dalam kamar hari ini dengan kehadiran peguam mewakili bank berkenaan, Yoong Sin Min, yang mengesahkan bahawa tiada penyelesaian dicapai.

Pada 22 Mei 2012, NFCorp, tiga subsidinya — National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd — serta Mohamad Salleh, memfailkan saman terhadap Public Bank berhubung pelanggaran kontrak untuk melindungi maklumat sulit akaun bank mereka.

Plaintif mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka terjejas berikutan pelanggaran Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) itu.

Plaintif turut mendakwa maklumat bank akaun mereka yang dibocorkan itu digunakan oleh Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli untuk menyokong dakwaan bahawa plaintif telah mempengaruhi pinjaman kerajaan untuk membeli lapan hartanah KL Eco City. – BERNAMA

bharian

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply