Inspirasi

4 perkara wajib tahu sebelum memilih taska untuk anak – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

4 Perkara Wajib Tahu Sebelum Memilih Taska Untuk Anak

Assalamualaikum,
Banyak confession pasal taska. Aku pun pernah keja dekat tadika. Sebab tu bila aku baca confession pasal anak-anak di tadika, pasal cikgu-cikgu, pengasuh dan pemilik tadika, aku jadi geram sama macam orang lain. Aku akui memang isu-isu seperti tengking marah cubit dan sebagainya berlaku. Tak kira kita hantar anak dekat tadika elit ke, tadika x elit ke..semua sama. Sebab apa sama..sebab tidak semua pekerja (pengasuh, cikgu) di tadika suka kan budak2. Ini tips yang aku nak kongsi dengan semua pembaca yang mana aku selalu kongsi dengan sedara mara aku yang tanya pasal benda ni. Tips ni aku tulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan aku sepanjang 3 tahun berada dalam dunia tadika.

1. Tadika berdaftar dengan JKM (jab.kebajikan masyarakat)..paling senang kita nak tahu taska or tadika yang berdaftar adalah bila mana bangunan tadika tersebut di corner lot..lot hujung. Mesti di lot terakhir. Sebab syarat pembukaan taska or tadika oleh JKM macam tu..aku cakap mcm ni sebab aku tau kalau kita pegi tya owner psal di daftar ke tak dgn JKM mesti dia ckp daftr kan..(sapa berani nak mengaku x daftar). Bila dia ckp daftar kita pun senang hati la hantar anak dkt situ..sekali jadi kes macam2 dera ke, poisoning ke apa ke kita yang susah balik. So, nak tahu dia daftar ke tidak kau tengok je bangunan dia..rumah kedai ke rumah teres ke semua kena dekat hujung. Ok dah kan. Settle pasal JKM.

2. Pemadam api, exit light, tangga belakang
Isu ni nampak remeh sgt. Tapi serius aku cakap pernah jadi dekat tempat kerja aku owner nak buka level atas sebab budak2 dah makin ramai..tapi sebab kan level ats tu x daftar dengan bomba so x boleh nak buka pun untuk budak2 sampai la dh daftar then bomba datang check semua dh lulus baru boleh buka. Pemadam api pun diorang check deadline semua..benda ni penting sebab kalau terbakar ke apa ke engko rasa sempat ke nak selamatkan 150 orang budak. Baik la ada semua kelengkapan. Selebihnya exit light dengan tangga belakang. Perlu sangat..lepas tu kalau taska or tadika yang kau pegi tu bagus dia akan pastikan tangga tak licin..pemegang tangga tu okay (besi kukuh dan ada extra besi untuk budak2 pegang..budak2 kan rendah so diorang boleh tambah extra besi.) Dlu tadika tempat aku keja tu siap minta arkitek design semula bahagian tangga tu. Diorg x but balik cuma tambah besi la lebih kurang macam tu. Aku pun xpndai sangat nak explain. Sorry.

3. Ratio cikgu:anak
Okay benda ni penting. Masa kau pergi taska/ tadika tu kau tanya owner or person in charge pasal ratio ni..bila kau tahu ratio kau boleh agak macam mna keadaan tempat tu..tanya berapa orang pekerja diorang..berapa jumlah anak2 dekat situ. Selalunya kalau ratio rendah which is 1:12 tu kira bagus sgt dah. Ni aku cakap based on tempat keje aku la. Tak de la sikit sangat kan..kau kalau nk suruh ajar anak kau je baik xyah hantar taska tadika..sebab point hantar situ kau kena niatkan untuk anak kau bersosial..kenal ramai kawan dan belajar kemahiran mandiri. Dah pasang niat in sha Allah mudah je nanti. Last, kau kena tanya juga pasal jantina cikgu. Ada x ustaz or cikgu lelaki dekat taska tadika. Benda ni applicable dekat tadika aku rasa. Dekat taska xde ambik lelaki kot. Tapi dekat tadika kadang2 ada cikgu lelaki sama ada ustaz or cikgu sukan. Bila kau tanya benda ni sebenarnya penting utk keselamatan anak2. Kalau anak kau stay dkt tadika smpai ptg..dia kena mandi tukar baju semua..so mcm mna owner tempat tu handle cikgu2 lelaki ni kau kena tahu. Ada tadika yang x ambil langsing cikgu lelaki sebab susah kan..tapi ada yang ambil. So yang ambil ckg lelaki tu panjang sikit soal siasat kau kena buat.

4. Rutin di taska
Ini pun penting. Kau kena tanya pasal rutin dekat situ macam mana. Setiap taska tadika x sama. Paling penting waktu makan berapa kali sehari, waktu pickup anak, waktu mandi. Semua tu kau kena tahu. Kalau diorang cakap minum pagi pukul 9.30am..kau rasa anak kau akan lapar sebelum tu lagi makesure kau bagi anak kau bekal..x kisah la roti ke, biskut ke nasi lemak ke apa janji bawak bekal.so that bila dia datang pagi kau cakap dkt cikgu/pengasuh tu anak kau kena makan pagi. Settle. Sebab msa aku keja dulu..banyak kes mak ayah x sempat bekalkan makanan lepas tu anak dia main curi je makanan orang lain..dia buka beg kawan2 dia buka beg cikgu..cari makanan..ramai anak2 yang kena datang awal tu kesian.. diorang lapar kot. Better la kau singgah kedai tapau 5 6 bungkus roti..setiap hari kau letak dlm beg anak kau 1 bungkus. Mudah je kan. Kesian dekat anak nak belajar pun susah kalau lapar. Sarapan tu penting weh..banyak kes yang datang lapar..kalau jenis yang bagi tahu cikgu xpe la kitorang memang bagi makan la biskut yang ada buat air milo ke teh ke..tapi kalau anak kau dapat cikgu busy..x hairan pun pasal diorang..kesian sangat. So inisiatifnya kau yang kena prepare untuk anak kau sebab kau je tahu kenal anak kau macam mana.

5. Pilih taska or tadika terbaik
Sekiranya kau ada kemampuan pilih lah tadika or taska yang berjenama. Bukan aku cakap mesti harga mahal ke apa..tapi mesti yang dikenali. Ye, memang yang dikenali tu selalunya mahal tapi apa yang menyebabkan dia mahal adalah kualiti. Selalunya tadika ni akan dipantau oleh HQ diorang..Guru diorang kena pegi training..tadika diorang akan diaudit setiap tahun. Sebab tu in sha Allah tadika macam ni lebih selamat. (Tetapi aku tak boleh nak beri jaminan semua tadika berjenama itu bagus, tadika tidak berjenama itu tidak bagus sebab apa pun ia tetap berbalik kepada pemilik tadika tersebut. Ini sekadar pandangan aku yang pernah bekerja di sektor tadika)

6. Doa dan berbaik dengan penjaga anak2 ( cikgu dan pengasuh)
Benda ni dari awal2 patutnya aku letak..tapi xpe..aku nak cakap banyak mana pun kita usaha kita kena doa lagi banyak. Aku faham sangat sekarang memang parents kena keje..anak2 macam mana pun kena hantar taska or tadika. X de banyak pilihan kan. So, kau kena selalu doa supaya Allah jaga anak kau walau di mana sahaja dia berada..jaga keselamatan dan kesihatan dia..doa supaya dia bertemu dengan orang2 yang soleh yang baik2 dan ang sayang dia. Ini apa yang mak aku selalu pesan dulu masa aku kena stay hostel. Dia pun takut nk lepaskan aku. Tapi ini yang dia doa dan dia suruh aku doa. Next, apa yang aku nampak cikgu2 dan pengasuh tidak akan sampai hati untuk berbuat jahat sekiranya kita, ibu bapa, menghormati mereka sebagai penjaga pengasuh pendidik anak2 kita. Hormat diorang, senyum, dan tegur dengan baik.

Akhir sekali untuk para ibu..kalau kau ada pilihan untuk bekerja sendiri, pilihlah untuk bekerja sendiri. Kau tulang belakang keluarga dalam mendidik anak2. Pada jangka masa 5 tahun pertama itu adalah fasa paling penting. Banyak masa dan perhatian kau kena korban untuk anak2 kau. Wallahualam.

Fasha

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply