Semasa

Isu gula: FGV tunggu keputusan kerajaan setuju naik atau tidak

Perkongsian

Jempol: Peneraju gula bertapis utama negara MSM Malaysia Holding Berhad, anak syarikat FELDA Global Ventures (FGV) masih menunggu keputusan kerajaan berkaitan kenaikan harga gula.

Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun berlaku kenaikan harga gula mentah dunia, pihaknya tidak akan menaikkan harga gula tanpa kelulusan kerajaan.

Menurutnya, ketika ini pengeluaran gula oleh dua kilang milik MSM di Prai dan Perlis ialah 90,000 tan sebulan, mencukupi untuk kegunaan penduduk di negara ini.

“Namun dibimbangi kesan kenaikan harga gula mentah dunia semakin ketara kerana meningkat sehingga 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kita sudah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mengkaji harga siling gula namun ia belum diputuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Tinju Piala Pengerusi FELDA Tertutup dan Perasmian Akademi Tinju FELDA Wilayah Raja Alias, di sini, malam tadi.

Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, selagi belum ada pengumuman rasmi harga, gula di pasaran masih dijual pada RM2.84 sekilogram. – Metro

[IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply