Inspirasi

Kejar impian dengan gaji ciput ii – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kejar Impian Dengan Gaji Ciput II

Salam, aku Ain yang gaji ciput tu. First of all terima kasih lah sebab share confession aku semalam. Tak sangka pulak korang pilih confession aku yang biasa-biasa tu.

Aku tengok ada jugak yang nak tahu cara aku simpan duit 2tahun RM15k. Aku nak share pon macam serba-salah jugak sebab lifestyle kita kan berbeza-beza. Mungkin cara aku menyimpan hanya sesuai untuk lifestyle aku je. Tapi dah ada yang bertanya so meh aku kongsi.

Gaji bersih RM1700:
-ASB RM700
-Parents RM200
-Sewa bilik RM200
-Belanja mingguan RM100x4
-RM200 (bil, belanja dapur, sedekah, dll)

Tu lah pecahan duit gaji aku. Aku takda kerja sampingan so memang setiap bulan pendapatan aku RM1700. Perkara pertama aku buat bila gaji masuk ialah aku terus masukkan RM700 tu dalam ASB aku. Jangan tangguh-tangguh sebab nanti ada aje yang terguna lah, terbeli lah, dan banyak lagi ter. Aku ada juga belajar pasal ASB Financing sebelum ni tapi bila aku apply kat bank, diorang reject sebab gaji ciput. So aku simpan secara biasa je takda financing-financing tu semua. Tapi bila raya memang aku tak simpan, aku shopping macam orang lain jugak lah.

Masuk duit gaji je aku terus balik kampung, jumpa parents dan bagi duit kat diorang. Parents aku ni aku nak bagi lebih, tapi diorang taknak terima. Tu pon aku paksa diorang ambik RM100 sorang sebab aku cakap aku nak ambik berkat. Tu pon mak aku kadang-kadang tah bila dia selit balik duit tu kat beg aku. Mungkin aku bertuah sebab parents aku ni takda lah kaya tapi hidup selesa. Diorang tak mengharap sangat duit dari anak-anak diorang.

Ada yang cakap makan kat KL ni mahal mana nak cukup duit kan. Well, aku bawak bekal. Sesungguhnya boleh jimat banyak kalau korang rajin bawak bekal. Aku memang budget RM100 je seminggu iaitu RM20/day kerja. Dengan RM20 tu lah aku bayar duit tambang teksi, makan dan simpan jugak. Tambang teksi (RM6 pergi + RM5 balik kerja). Kalau aku tak rajin nak masak, aku beli nasi lemak+kuih dalam RM3.50. Dan setiap hari aku akan simpan dalam tabung RM5. Malam aku masak kat rumah so memang tak keluar duit. Sabtu & Ahad memang aku lepak makan+tido kat rumah je. Aku memang jenis malas nak keluar so jimat lah duit aku. Ye aku takda kenderaan sendiri.

Sebab setiap hari aku simpan RM5, setiap bulan aku akan ada RM150 dalam tabung. Dengan duit tu lah aku kadang-kadang shopping baju lah, beli make-up lah, makan ala-ala hipster lah dan lain-lain. Simpan tu simpan jugak tapi life sekali-sekala kena enjoy jugak kan. Kalau aku rancang nak travel, aku simpan duit RM5 tu sampai setahun. RM150x12 dah ada RM1800 setahun dah lepas nak travel yang budget-budget punya.

Tu jelah cara aku menyimpan. Takda yang special pon tapi kena kuat dan istiqamah lah. Takda yang mustahil, bergantung kepada korang samada nak dengan taknak buat je. Kalau dah gaji ciput tu jangan mengada-ngadalah hari-hari nak pakai Bella Ammara lah, Neelofar lah. Aku pegi keje pakai bawal Kangroo RM3 je kot. Kalau gaji ciput tak payah nak makan hipster sangat. Aku setiap kali balik kampung mesti aku suruh mak aku bekalkan sambal kering lah, sambal hitam lah, serunding lah. Benda-benda tu makan dengan nasi kosong je pon dah sedap siap boleh tambah berpingan-pinggan. Sila lah hidup ikot kemampuan. Jangan bandingkan hidup korang dengan menteri yang gaji berpuluh K tu, takda faedah pon. Cuba bandingkan hidup korang dengan Bangla ke Nepal ke kan boleh inspired korang. Harap lifestyle aku yang tak seberapa ni pon boleh inspired korang jugak.

Dreamer

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply