Inspirasi

Kisah dalam train – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kisah Dalam Train

Hi semua. Nama aku A. Aku ambil masa nak cerita benda ni, sebab ada unsur perkauman. Aku rasa bahaya kalau share, tapi tak kisah la sbb admin yg akan approve cerita aku.

Okay, kisahnya kat dalam train, terjadi harini masa aku balik dari class around 4pm. Aku menghala ke setiawangsa dari bangsar. Untuk pengetahuan korang, kaki aku injured. So aku pakai tongkat la. Masuk je dalam train, boleh tahan la ramai.

Situasinya, aku masuk dalam train ada akak mengandung dan lelaki B (aku rasa dia normal, takde istilah khas pun), dua2 duduk kat kerusi khas. Dalam train boleh tahan la crowd. Lelaki B terus bangun bagi aku duduk (kerusi tengah). Aku ucap terima kasih kat dia. Lelaki B pergi berdiri kat sebelah tiang, maknanya sebelah akak mengandung.

Aku perasan muka akak sebelah terkebil2, aku tegur la tanya akak okay tak. Dia cakap dia okay. Ye la, risau la aku tengok akak tu sarat pastu muka macam pucat. Kot la tetiba nak terberanak dalam train, tak menggelupur kitorg? Aku cuba baca situasi. Akak tu macam tak suka lelaki B berdiri sebelah dia.

Aku jeling2 lelaki B, kot la dia rapist ke peragut ke apa ke (aku start fikir bukan2), ye la untuk keselamatan semua orang juga. Aku risau akak tu macam pening2. Masa ni dah sampai station kl sentral. Ramai masuk so macam sempit sikit la, dengan kaki aku terjulur camtu. Lelaki B still ada tepi tiang.

Tiba2 akak tu tanya aku, nak tukar tempat duduk tak. Ye la maybe dia concern orang langgar2 kaki aku kan. Memandangkan space kat tempat akak boleh buat kaki aku lega sikit, aku pun setuju. Berhimpit la kitorg tukar tempat duduk. Kat sini pengalaman pahit aku start.

Aku start bau pelik2. Aku rasa muka aku pun terkebil gak masa ni. Aku cuba cari bau ni, tapi cover la kan segan lak aku nak tunjuk aku tgh menghidu. Haha. Aku cuba cari bau tu, ada abang depan aku pun mcm ye ye cari bau tu. Aku ingat bau keti dia ke, ataupun bau kepam baju ke, bau badan aku ke, memang mcm orang tak betul dah aku time tu dok hidu2.

Rupanya, bau datang dari elaki B. Haih. Kau tau tak bau toilet? Bau kau baru lepas melepas kau tau tak. Aku taktau nak explain macam mana, hancing satu hal, bau padu tu satu hal. Bau tu memang buat pengsan wei. Bau keti buruh kasar lagi senonoh wei.

Aku macam nak je cakap dia ni tak cebok ke. Sebabkan aku hormat dia, culture dia, hati budi dia bagi aku duduk tadi, aku tak jadi nak tegur dia, kot aku humiliate dia nanti, risau gak aku. Aku hint abang depan aku suruh dia stop pandang2, kesian lelaki B. Aku bersangka baik je mampu, maybe he had hard time today.

So aku pun tahan la sampai la ampang park-dia turun. Akak tu pun turun kat setiawangsa. Nasib la dia cakap terima kasih kat aku. Terasa bangga aku dapat berbakti harini. Tapi kesian kat akak tu, entah dari bila dia start tahan tu kan? Aku nampak dia gi toilet terus tadi. Kesian dia. Aku harap akak tu dan anak dia selamat la.

Pengalaman aku harini haha. Kalau akak tu baca benda ni mesti dia pun mengucap. Bersangka baik je la kak. Nasihat aku kat sini, takyah la nak kata cuci cebok guna tangan tu jijik, memang tangan kiri untuk cebok, bukan untuk makan. Lap guna tisu tu lagi jijik tau. Tah bersih tah tidak, tah hape jenis bakteria you simpan. Kalau negara ni sejuk takpe, bau tu hilang sebab hidung kebas. Ni panas, bau stokin kau pun terus naik kat hidung tau tak.

Sekian, selamat maju jaya.

Adik yg kesian

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply