Semasa

Lelaki didakwa perkosa gadis bawah umur 11 kali

Perkongsian

[IMG]
Maezmande Latif diiringi dua anggota polis untuk didakwa di Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun antara Ogos hingga November di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Georgetown hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 29 Nov. – Seorang lelaki dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas 11 pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur berusia 14 di sebuah rumah di Bayan Lepas di sini antara Ogos hingga November tahun ini.

Tertuduh yang juga seorang Pengawal Keselamatan, Maezmande Latif, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid dan lima pertuduhan dihadapan Hakim Irwan Suaibon.

Semua pertuduhan terbabit dibuat dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Roslan dan Irwan kemudiannya menetapkan 10 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula terhadap semua kes berkenaan.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Nurul Huda Idris dan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Merysia Maklin manakala tertuduh tidak diwakiki peguam. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply