Semasa

Mahkamah bebaskan janda curi durian D13 di pasaraya Aeon

Perkongsian

[IMG]
Peniaga burger itu didakwa mencuri pelbagai jenis makanan, antaranya Durian D13 berharga RM120, Chesdale, pelembut daging yang kesemuanya bernilai RM210.83 milik pasar raya Aeon di Taman Maluri, Cheras.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini melepaskan seorang ibu tunggal yang mengaku bersalah mencuri beberapa makanan, termasuk durian daripada sebuah pasar raya dengan jaminan bon RM1,000.

Majistret, Mahyudin Mohamad Som dalam keputusannya berkata, Noor Fauzanna Muhammad Fauzi, 24, wajar diberi peluang kedua.

Oleh itu, beliau melepaskan tertuduh dengan jaminan bon RM1,000 dan seorang penjamin tanpa cagaran mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Peniaga burger itu didakwa mencuri pelbagai jenis makanan, antaranya Durian D13 yang berharga RM120, Chesdale, pelembut daging yang semuanya bernilai RM210.83 milik pasar raya Aeon, Taman Maluri, Cheras pada jam 8 malam, 25 November lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia seorang ibu tunggal yang menanggung anak dan ibu menghidap kanser darah, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh. – FMT

[IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply