Semasa

Masyarakat Orang Asli juga terbeban bayar tol setiap hari

Perkongsian

[IMG]
Tok Batin Kampung Sungai Miak, Uda Yusof (kiri) menunjukkan laluan sementara ke jalan alternatif yang turut ditutup di simpang ke Kampung Sungai Miak di sini, hari ini. – UTUSAN/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG 29 Nov. – Kewujudan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) secara umumnya memberikan kemudahan kepada pengguna jalan raya, selain mempercepatkan lagi pembangunan sesuatu kawasan.

Namun lain pula ceritanya kepada lebih 200 orang masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Miak yang terbeban saban hari apabila terpaksa membayar tol untuk melakukan aktiviti seharian.

Tanpa laluan alternatif, masyarakat Orang Asli di kampung bersebelahan lebuh raya itu tiada pilihan, selain perlu membayar tol untuk pergi balik ke bandar Bentong dengan bayaran RM7 yang jaraknya hanya 10 kilometer.

Tok Batin Kampung Sungai Miak, Uda Yusof, 69, berkata, dengan kadar tol sehala RM3.50 sehari ia amat membebankan masyarakat Orang Asli di situ yang rata-ratanya hanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Kami tinggal di sini sejak 1968 lagi iaitu lebih awal daripada pembukaan lebuh raya tersebut. Namun selepas pembukaan tol, kami terpaksa membayar untuk melalui lebuh raya berkenaan memandangkan laluan lama telah tiada.

“Jadi kami merayu kepada pihak terbabit supaya dapat mendengar rintihan yang terpaksa menanggung kos yang tinggi sehingga membebankan sedangkan kami adalah penduduk asal di sini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, masalah berkenaan telah dibawa ke pihak berkaitan tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Jelasnya, antara langkah yang boleh dilakukan pihak terbabit dalam mengatasi isu tersebut adalah dengan membuka laluan alternatif untuk penduduk ke bandar Bentong.

“Saya berharap laluan alternatif dapat dibuka kerana saya sendiri pernah membayar tol lebih RM30 sehari selepas terpaksa berulang alik ke bandar Bentong atas pelbagai urusan termasuk urusan kampung,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Sita Indon, 39, berkata, dengan pendapatan yang tidak menentu pada masa ini, ia membebankan golongan ibu bapa khususnya yang terpaksa berulang-alik setiap hari menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, dengan jarak yang hanya kira-kira 10 kilometer ke bandar Bentong adalah tidak berbaloi bagi masyarakat Orang Asli di situ membayar tol berkenaan.

“Malah kesesakan yang sering berlaku di tol khususnya pada musim cuti memberikan kesan kepada penduduk kampung termasuklah ibu-ibu yang mahu bersalin di Hospital Bentong,” ujarnya. – Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply