Inspirasi

Percaturan hidup – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Percaturan Hidup

Assalamualaikum.

Hai semua dan thanks admin kalau approve confession ni.

Kali ni aku nak confess pasal percaturan hidup. Yup percaturan hidup. If you know how to play chess well, then you gotta know how important every steps that you take in every game. Aku berumur 20 tahun dan baru-baru ini aku telah kecundang dalam percaturan hidup yang aku pilih sendiri.

Yup aku pilih sendiri. Mak ayah aku tak pernah mendesakkan aku melakukan sesuatu. Cukuplah bagi mereka aku ada pendidikan , dapat kerja kerani pun tak pa janji cukup makan pakai. Sebab mak ayah aku sendiri tidak ada pendidikan tinggi. To be honest, they dont even know how to read. Malu? Tidak sama sekali. Sebab insan inilah aku berada di dunia ini. Mak ayah aku kerja kampung je. Tapi sekali pun aku tak pernah rase tak cukup makan. Sebab tu aku puji mak ayah aku.

Alhamdulillah, sepanjang aku lalui UPSR, PMR, SPM aku dapat straight A. Aku tengok mak ayah aku begitu gembira sekali bile aku dapat keputusan yang macam tu. Pada pikiran mereka, walaupun dia orang tak ada pendidikan tinggi Allah actually kurniakan aku anak yang boleh buat aku gembira dengan kuputusan peperiksaannya.

Lepas SPM aku apply sana sini scholarship. Alhamdulillah, I got scholarship to do IB. Gembira sume ada. Mak ayah aku sanggup sewa kereta untuk hantar aku buat IB. Aku dapat tengok dia orang gembira bila aku dapat scholarship ni, at least bolehlah aku meringankan beban mereka. Then, after 2 years struggling there, aku dapat keputusan IB aku. Bila aku tengok result online tu,terduduk aku. Points yang aku dapat tak melayakkan aku fly. Scholarship aku ditarik balik. Just in a blink of eyes!

Allah je tahu perasaan mak ayah aku waktu ni. Malu dengan orang kampung, keluarga sendiri semua malu. Ape yang lagi menyedihkan, points yang aku dapat ni juga tak membenarkan aku masuk ke IPTA jugak. Sampai satu masa, aku rasa aku ni sedih yang dah tak boleh keluar air mata dah.. Aku boleh apply IPTS je. Aku kene fikir banyak kali jugak nak masuk IPTS yang mana. Mana aku nak dapat duit, biayai yuran apa semua tu.Sekarang ni dah 6 bulan aku duduk rumah menganggur. Clueless and heartless. Perit weyh, kalau kau struggle dari kecik sampai satu masa, satu IPTA pun tak nak terima kau.Haishh. Allah is really testing me right now. Remember, Allah gives His hardest battles to His strongest soldiers. There you are! Tiap-tiap lepas solat, aku nampak mak kesat air mata dia. Hancur hati aku weyh tengok harapan mak ayah aku nak tengok aku masuk university tak kesampaian.

So basically guys, fikir betul-betul what you actually wanna do right after SPM. Remember, every single step taken, akan menentukan masa depan kau. Ke mana kau berada. Bukan untuk menangih simpati aku menulis post ni, not at all. But then, I wanna tell you all, its okay if your UPSR, PMR, SPM results were not that good, remember, rezeki kita Allah yang bagi. Aku ada je kawan yang tak skor sangat dalam exam ni, tapi sekarang dapat je masuk uni. But then, aku yang Nampak macam ada masa depan yang cerah dulunya ni, kononlah kan, look at here, aku still tersadai dekat rumah tunggu uni mana nak aku. Thats all from me, remember fikir betul-betul sebelum ambil sesuatu langkah sebab perjalanan beribu batu bermula dari langkah yang satu!

saharul

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply