Inspirasi

Realiti dunia pekerjaan sekarang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Realiti Dunia Pekerjaan Sekarang

Assalamualaikum. Thanks a lot kalau sudi upload post saya ni. Saya nak kongsi cerita pengalaman saya bekerja dalam 4 tahun baru. Apa yang saya banyak belajar masa kerja selama 4 tahun ni seperti di bawah.

1. TEAM WORK LAH SANGAT

Kita memang kena ada semangat team work masa buat task, tapi dalam team work tu, kita haruslah pentingkan diri kita sendiri jugak. sekurang kurangnya jangan terlalu taksub dengan team work kalau diri sendiri sahaja yang buat semua kerja. Saya tak percaya dengan team work kat tempat kerja saya sebab diorang ni bagi saya fake. Bila projek masuk, semua nak claim dia lah yang susah payah overtime bagai, perah otak design tu ni buat proposal, jumpa client, convince client, bla bla bla. bab komisen bukan main nak mengaku dia lah biggest contributor.

Tapi bila projek dah masuk, masalah pun masuk sama, semua buat2 bodoh. cc dalam email pun orang tu je lah yang ada correspondence, yang team mate lain yang kononnya sengkang mata nak dapat projek tu, sekadar membatu dalam cc list dan takde respon. Diam membatu macam diorang takde dalam email tu. Kalau outside email ada internal discussion tu ok lah, ni tak, kt dunia face to face pun diam membatu, tau nya nak update je tapi tak nak share idea , tak nak tolong macam mana nak setelkan problem. sleeping partner je. Puiiii. jangan percaya sangat dengan team kau tu, semua orang ada rasa nak pertahankan diri kan. jadi siapa yang jenis lembik2, jenis angguk2 je macam saya ni, memang sedap la jadi kambing hitam. No, dont trust your colleague, even once. bila kita dah bekerja, kita bersaing sesama sendiri, dan aku tak pernah Nampak orang backup orang lain kalau orang buat salah. semuanya salahkan orang lain, tak de sekelumit pun rasa nak mengaku salah sama-sama, padahal projek buat sama-sama. dunia oh dunia.

2. DUIT, DUIT, DUIT

Apa tujuan kita bekerja? Ya semestinya nak duit, dan yang paling penting, untuk orang Islam, niat kita bekerja haruslah untuk beribadat dan cari rezeki untuk kelangsungan hidup. Sekarang ni saya bekerja di syarikat non-bumi, kebanyakan employee adalah bukan beragama kita. Ada baik dan buruk kerja kat syarikat non-bumi ni. yang paling best, gaji on time, tak kira apa badai melanda. Tapi yang buat saya stress, bila dia non-bumi atau lebih tepat, non-Muslim, they live, they died, with money. duit adalah segalanya, duit adalah dunia akhirat mereka. Jadi apa je masalah yang datang yang melibatkan duit, contohnya, lambat dapat payment, mereka akan macam kena 2 minit sawan. Meracau, macam nak mati, kenapa client lambat bayar??? siapa yang in charge project yang bermasalah memang merasa lah tengok bos kena sawan duit. Lucky me, saya lah pernah. ya betul, payment memang penting, kalau client tak bayar, bos nak bayar wages kt employee camne kan. tapi, korang faham kan, perbezaan antara hamba duit dan kerja sebab nak duit.

3. BELAJAR BERSEORANG

Bila dah kerja ni, saya lebih suka berseorangan. maksudnya, lepas balik kerja, jarang la hang out dengan kawan, lebih suka balik rumah, rehat, tengok tv, pastu tido. jarang bersosial, tapi ni pandangan individu, ada orang yang jenis lepas balik kerja suka happening, terus g kluar dgn member, bagus tu, eratkan silaturrahim. tapi, bagi saya, ikut mood la. tapi kebanyakan hari lepas balik keje saya terus balik rumah, rehat. sebab saya jenis orang yang focus kerja, 8 jam kerja sehari, 2 3 kali je saya mengular kat internet, masa saya betul2 untuk buat kerja, dan saya tak suka bergosip masa kerja, dan berborak kosong apatah lagi. bila saya rasa perlu to talk, then i will talk. dan conversation itu seharusnya yang penting sahaja. ya, saya seorang yang membosankan tapi, ada aku kisah?

4. BOS MAKAN EMPLOYEE

Bos saya ialah bos but hes not a leader! kalau ada masalah tak pernah back up anak buah dia! Saya sangat jeles dengan kawan2 yang dapat bos yang supportive, memang nasib dorang baik. Penting ya dapat bos yang supportive dan act as a leader, sebab itu semua meningkatkan mood anda untuk bekerja di hari Isnin. sekarang saya alergik gila dengan hari Isnin (Isnin yang takde cuti umum) sebab nak kena hadap muka bos yang sombong, kedekut dan tak sporting.

Kepada rakan2 yang baru nak bekerja dan sedang bekerja, enjoy your career. Pepatah berkata, choose your boss, dont choose your career. Korang akan rasa semangat bekerja kalau bos korang baik dan supportive, yet tegas. Walaupun kerja korang gempak tapi kalau dapat bos kaki sawan, Monday will always be a nightmare.

Cempaka

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply