Semasa

Sindiket jual bayi: Polis panggil kru produksi Al Jazeera

Perkongsian

[IMG]

PUTRAJAYA: Polis sudah memanggil kru produksi stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera yang terbabit dengan penerbitan dokumentari berkaitan sindiket penjualan bayi di Malaysia untuk siasatan lanjut berhubung kesahihan dakwaan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata pada masa sama rundingan bersama Kementerian Luar akan turut dilaksanakan untuk tindakan selanjutnya kerana ia membabitkan agensi media antarabangsa.

Katanya, siasatan lanjut di peringkat lain termasuk semua kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang dijalankan.

“Kita juga perlukan maklumat lanjut sama ada bayi berkenaan benar-benar dijadikan anak angkat, atau untuk tujuan lain seperti jenayah seksual, buruh atau penjualan organ.

“Apa yang boleh saya katakan adalah, apa yang dilaporkan bukan mencerminkan keadaan sebenar di Malaysia, seolah-olah menggambarkan mudah sangat untuk jual bayi di negara ini.

“Ia tidak berleluasa di negara ini, memang ada berlaku tetapi tiga tahun dulu, malah tangkapan juga sudah dibuat, dan bayi yang terbabit juga sudah diselamatkan.

“Polis juga menubuhkan unit khas untuk siasatan lanjut berhubung isu itu, supaya dapat melihat secara terperinci kekurangan yang perlu diperbaiki,” katanya pada sidang media mengulas laporan berdurasi 25 minit bertajuk ‘Malaysia: Bayi Untuk Dijual-101 Timur’ yang disiarkan oleh Al-Jazeera baru-baru ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat membabitkan kementerian dan agensi berkaitan berhubung dakwaan laporan itu yang dihadiri oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar, JPN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply