Semasa

Tikam anak sampai mati, bapa didakwa bunuh hari ini

Perkongsian

[IMG]
Mohd Azlan (depan) bersama kakitangan mahkamah hadir ke HSI untuk membacakan pertuduhan terhadap seorang lelaki berusia 54 tahun tengah hari tadi. FOTO Mohd Sabran Mohd Sani

Johor Bahru 29 Nov: Lelaki berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didakwa membunuh anaknya berusia 23 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Permatang 24, Taman Desa Jaya, di sini, pada 22 November lalu.

Pertuduhan membabitkan lelaki berkenaan, Nasaruddin Abdullah terpaksa dilakukan di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) dekat sini, yang bertukar menjadi kamar mahkamah kerana tertuduh sedang menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya dalam kejadian itu.

Tertuduh, mengangguk faham ketika kertas pertuduhan membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias.

Tertuduh didakwa membunuh Azrul Hanafi Nasaruddin.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Januari depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Metro

[IMG]

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply