Semasa

Amah stress tersangkut di tingkat 2 cuba lari dari majikan ikut tingkap

Perkongsian

[IMG]
Stres bekerja, pembantu rumah warga Indonesia cuba melarikan diri dari rumah majikan di Selayang pagi tadi. — Foto ihsan Facebook/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Seorang amah warga Indonesia yang nekad mahu melarikan diri dari rumah majikannya berdepan detik cemas apabila dia tersangkut di tingkat dua apartmen di Jalan OS 1 Fasa 1 Selayang di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata wanita itu memegang kain yang disambung menjadi tali dari tingkat tiga dan berpijak pada jenang atas tingkap di tingkat dua sebuah rumah.

“Wanita itu cuba turun dari tingkat tiga namun sambungan kain yang dijadikan tali itu tidak cukup panjang,” kata jurucakap seperti dilapor Harian Metro.

“Kami menggunakan tangga untuk menurunkannya dan maklumat awal mendapati wanita berusia 41 tahun dikenali sebagai Ruhaya itu mahu melarikan diri dari rumah majikan akibat tekanan kerja.”

Kejadian berlaku kira-kira 8.10 pagi tadi dan wanita itu kini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MMO

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply