Inspirasi

Bayar hutang oi – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Bayar Hutang Oi

Assalammualaikum. Tq admin sbb share confession ni. Aku nk share sikit pasal hutang dan harap orang y suka berhutang ni paham la perasaan orang yang bagi hutang. Tipikalnya, orang akan cakap kalau tak ikhlas jangan bagi pinjam kan, tapi aku bukan jenis tak berhati perut (kebanyakkan masa aku memang pemurah)

Aku bujang yang suka berjalan aka jomlo happy, tak ada aset dan nampak mcm orang y duit berkepuk2 dan tak ada komitmen kot sbb tu jadi tempat orang pinjam duit. Tak la banyak, jumlah terkumpul setakat ni yang belom dibayar dekat 3000 lebih jugak la.

Ada yang pinjam sbb nak kawin la, konvo la, ada tak bekerja janji nak bayar bila dapat keja. Ada juga yang minta duit nak beli barang, barang tak ada tapi duit tak pulangkan. Dah makan tahun juga la tak bayar. Masalahnya orang yang pinjam ni bukan orang jauh pon. Aku kesian, aku ada sikit duit aku bagi.

Apa yang mereka tak tau, aku kalau tak ada duit aku korek tabung syiling aku, potong belanja makan, pernah je beli nasi pakai syiling (sedih, ak tulis dalam diari tarikh aku kepapaan, malu tapi cover cakap ada banyak syiling dalam beg). Takda pon pinjam sape2 atau kecoh2. Kalau tak ada duit aku duduk diam je la. Tak mampu aku tak beli. Tolak komitmen semua lebihan untuk belanja diri sendiri tak banyak mana pun. Jadi untuk reward diri sendiri baru la aku jalan2 (hasil terkumpul dan percutian dekat2 je pon).

Terus terang aku cakap aku tertekan. Tak tau nak cakap macam mana. Marah pon ada kat diri sendiri sebab senang sangat bagi orang pinjam. Yang tambah geram bila kita tengok diorang enjoy sakan makan sedap2 restoran hipster tapi hutang tak nak bayar kan. Tau asyik nak pinjam je. Financial management failed! Tak malu ke?

Tahap kesabaran aku sekarang diuji sebab aku perlukan duit sekarang ni. Aku sesak, lepas tu ada lagi yang datang cari nak pinjam duit aku. Silap haribulan takut meletup je ni. Jadi sebelum meletup, aku doakan mereka itu terbaca la confession ni dan semoga lembut la hati mereka2 yang pinjam tu untuk bayar hutang aku. Aku nak guna duit ni oii

-no name

No name

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply