Semasa

Cikgu stress hingga terpaksa ambil pil tidur, ubat penenang

Perkongsian

[IMG]
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bayangkan seorang guru terpaksa mengambil pil tidur, pil penenang dan ubat kemurungan setiap hari, malahan berdepan kerisauan dan migrain setiap kali memasuki sekolah.

Begitulah kes paling serius yang pernah dikendalikan Bendahari Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Ng Chong Guan.

Profesor Madya Universiti Malaya itu berkata, semakin ramai guru mendapatkan bantuan mental daripada pakar dan keadaannya sudah mencapai tahap yang serius.

“Berdasarkan pengalaman saya sejak dua tahun lalu, terdapat purata satu kes membabitkan guru pada setiap bulan.

“Guru kaunseling tidak terkecuali, mereka turut meminta bantuan pakar psikiatri,” katanya kepada Sinchew Daily ketika mengulas mengenai isu stres dalam kalangan guru.

Chong Guan berkata, pemerhatiannya juga mendapati guru dari sekolah Cina lebih banyak berdepan tekanan berbanding sekolah aliran lain.

Katanya, beberapa faktor menyumbang kepada tekanan di mana salah satunya ialah guru muda gagal memahami keadaan sebenar kerjaya mereka.

Menurutnya, banyak guru berasa tertekan kerana mereka menjangkakan kedudukan mereka akan dihormati murid dan ibu bapa, tetapi apa yang berlaku adalah berlainan dengan apa yang diharapkan.

“Keadaan psikologi guru adalah penting, mereka harus mempunyai pemahaman mengenai kerja mereka sebelum menerima latihan perguruan,” katanya.

Chong Guan berkata, perubahan mendadak dalam dunia pendidikan termasuk dari segi dasar dan sistem pelajaran turut menyebabkan guru gagal menyesuaikan diri.

Tambahnya, para guru pada masa yang sama menerima tekanan dan aduan daripada ibu bapa.

“Guru perlu menjaga hati murid kerana bimbang mereka akan mengadu kepada orang tua, ini juga menambah tekanan,” katanya.

Para pendidik, menurut Chong Guan, sering “tersepit” antara guru besar yang mahu meningkatkan status sekolah dan ibu bapa yang juga mempunyai permintaan masing-masing.

Ujarnya lagi, komitmen terhadap keluarga turut menambahkan stres dalam kalangan guru. – MG

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply