Semasa

Emma, wanita tertua di dunia sambut ulang tahun ke 117

Perkongsian

[IMG]
[IMG]
[IMG]
MORANO melihat potret sewaktu mudanya di sebuah pangsapuri di Verbania di utara Itali. AP

ROM 29 Nov. – Seorang wanita warga emas Itali, Emma Morano hari ini meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-117 tahun ketika dia dipercayai menjadi satu-satunya individu di dunia yang dilahirkan pada abad ke-19.

Dilahirkan pada 29 November 1899, Morano seorang yang peka dan suka bercakap merupakan manusia tertua di dunia dengan rahsia panjang umur warga emas itu terletak pada keengganannya menggunakan perubatan moden.

“Saya (hanya) makan dua biji telur sehari dan biskut itu, tetapi saya tidak makan banyak kerana sudah tiada gigi,” katanya dalam satu temu bual dengan agensi berita AFP di kediamannya di Verbania, sebuah bandar di utara Itali dekat Lake Maggiore.

Di rumahnya, terdapat sijil perakuan daripada Guniess World Records yang mengesahkan wanita itu sebagai manusia tertua di dunia.

Anak sulung daripada lapan beradik itu berkata, hari lahir adalah sesuatu yang diraikannya dan orang ramai masih ingin tahu tentang dirinya.

“Banyak orang datang, saya tidak menjemput mereka tetapi mereka datang dari seluruh tempat untuk melihat saya.

“Ada yang datang dari Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Austria, Turin dan Milan, mereka datang hanya untuk berjumpa saya,” katanya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, Morano tidak pasti sama ada dia akan menikmati sepotong kek hari jadi kerana dia menjadi kurang sihat ketika kali terakhir memakannya.

Morano tinggal bersendirian selepas bercerai dengan suaminya pada tahun 1938 dan dia bekerja di sebuah kilang menghasilkan guni bagi menyara kehidupannya. – AFP/Utusan

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply