Inspirasi

Jangan jadi typical minded – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Jangan Jadi Typical Minded

Jangan jadi typical minded.

Assalamualaikum semua, thanks admin kalau sudi post confession nie. First of all saya nak perkenalkan diri, saya pernah berniaga kat dalam iium; jual produk kecantikkan. Saya pun seorang pelajar jugak. Maklumlah keadaan ekonomi sekarang, hidup kena struggle sikit tak boleh nak bergantung pada parent je. Parent pun ada tanggungjawab lain. Anyway.

Kenapa pilih kosmetik? Sebab saya sendiri minat makeup2 nie, and saya pun terfikir why not jual makeup kan? Mana tahu ada adik2 yang nak gain confident level, masa beli boleh bagi tips sikit. So oleh kerana saya jual makeup, saya pun kena la makeup tebal sikit masa berniaga. Kalau tak orang mesti akan komen jual makeup tapi tak reti makeup? Jual makeup tapi dia sendiri tak pakai makeup? Mesti tak elok makeup yg dia jual

Pernah ada beberapa student iium yang memandang saya dengan pandangan sinis, bila saya berjalan nak ke tandas, mereka bisik2 sambil pandang saya lepas tu gelak2. Macam drama kan? Tapi percaya lah itu realiti. Tak kurang masa tengah beli makanan ada yang pandang saya dengan pandangan tak selesa. Macam saya ni nak curi boypreg diorang pulak kan hihi.

Nak dijadikan satu cerita, ada seorang pelajar nie dia datang nak beli eyeshadow and lipstick, dia dtg dengan kawan. Lets called her N and her friend W. si N nie pun tanya la pendapat W ni which colour suits her well? Nak tahu W nie kata apa? Entah la wei! Aku mana pakai makeup2 ni, buang duit je dah la leceh time solat nanti dengan nada yg tak dapat nak digambarkan. si N nie pun diam. Dia pandang saya sambil tersengih2, which clearly dia rasa malu. Mungkin takut saya judge dia pasal tertib solat.

So si N nie pun tengok2 la barang lain. Again dia pergi tanya W ni pakai ke tak vietnam mask? Alaaa untuk buang whitehead dan blackhead tuu.. And again si W ni jawab tak weh, kulit aku natural takde masalah2 macam tu, kalau kau nak beli je la, ok kot yes. Memang kulit W ni cantik. Halus dan gebu je. Tapi rasa tak patut dia cakap macam tu pada kawan dia. Si N nie sentuh2 la Vit C Rosehip , lepas tu si W ni boleh kata apa tau nasib baik kulit aku natural beauty End up N ni tak jadi beli. Nak kata kulit N tak lawa, lawa je, bersih, cuma tak secerah si W ni. Biasa la kan remaja semua benda nak cuba. Tapi sebagai seorang kawan, boleh je cakap elok2, bagi pendapat elok2. Bukannya dengan ayat provoke macam tu seolah2 merendahkan2 kawan sendiri.

Ramai yang saya jumpa , yg typical minded. Berniaga nie lagi exposed dengan segala jenis manusia. Dan percaya atau tidak, mostly yg typical minded ni among student. Student dari kolej/universiti Islam. Kalau dulu orang kata yg typical minded nie mest yang kampung2 (sorry) tapi in this era, tidak lagi! Tu baru bab makeup. Belum bab free hair, ig famous. Mereka duk pandang dan judge insan yang free hair nie; jahat. Bukan perempuan yang baik. Tak layak dibuat isteri. Insta-famous nie, poyo, makeup lebih, kalau tak makeup confirm tak lawa. Ya Rabbi adik2 , pandangan korang tu sangat sinis dan tak melambangkan keperibadian seorang muslimah sejati kottt. Saya diam je bila diorang dengan berani lontar pendapat sesama mereka. Sebenarnya agak sedih jugak bab free hair dengan makeup tu. Sebab dulu saya free hair. Tapi hidayah tu kan milik Allah.

Apa beza anda yang kuat mengata, merendahkan orang, judge orang lain berdasarkan penampilan diri mereka semata. Adakah korang lebih baik dari mereka? Kebanyakkan niqabis yang saya jumpa di iium, sorry to say agak kasar sikit; tergedik2. Cerita kat kawan2 macam mana si lelaki tu mengorat depa, mesej2 depa ajak kahwin. Yang depa nie pun buat2 la malu dalam bangga. If you know what i mean.

And i believe, bila saya ungkit hal free hair tadi, mest ada yg cakap dari pakaian boleh tunjuk dalaman macam mana and bila saya sentuh hal niqabis pula mesti ada yang bagi pendapat yang wajib itu perlu, takde kena mengena dengan dalaman aik!? To be frank, insan yang tak bertudung nie jarang yg saya jumpa kuat mengata insan2 niqabis ni. Dont get me wrong, i also bertudung and baru berhijrah actually so saya suka perati.

Sebenarnya ramai di kalangan kita hanya berhijab pada kepala. Bukan pada hati, bukan pada fikiran, bukan pada pandangan, bukan pada mulut. Just imagine semua benda nak mengata, semua benda nak jadi issue. Orang yg kuat makeup nie dah jiwa dia berseni of course la dia suka makeup muka dia, tak kacau korang pun. Budak2 insta famous nie, dah korang yg follow dia , buat dia jadi famous, rezeki dia! Kenapa nak persoalkan, kutuk2 jadikan issue. Tahu tak semua orang ada masalah dengan insecurity? We all the same.

Yang bajet2 muslimah tu, di katanya insan makeup lover, insta famous, free hair nie macam dia tak buat dosa. Bukan ke dah diajar cara dakwah yang betul? Imagine bila ada yg kutuk2 tudung labuh tapi suka mengumpat dan sentiasa rasa diri tu betul apa korang rasa?please please stop the hate! adik2, please stop the virus. Jangan jadi typical minded.

Sekian confession saya. Baca dengan dikiran yang terbuka. Terima kasih

Si peniaga

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply