Inspirasi

Mimpi atau petunjuk? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Mimpi Atau Petunjuk?

Assalamualaikum,

Aku terpanggil nak buat confession ni lepas dah baca beberapa pengalaman confessor dengan makhluk halus. Jadi aku nak share pengalaman aku yang aku rasa sejak beberapa bulan ni.

Ceritanya macam ni. Lebih kurang awal tahun ni, aku putus dengan ex aku. Putus sebab he cheat behind me. After 2 years of relationship. Its not easy to end up macam tu je. But, after all that Ive been through. I get over it. Masa kenal dengan ex aku, kitorg tak jaga solat. Buat benda laghro je. Aku dah tak nak hidup dalam situasi tu. Terasa sangat jauh dari Allah. Aku nak cari kehidupan aku menuju Allah.
Lepas dari tu, aku bertemu dengan bf aku. Satu pertemuan yang tak dirancang dan takda niat langsung nak find someone new lepas heart broken dengan kisah yang dulu. Aku anggap apa yang aku lalui satu hikmah dari Allah. Untuk jadi lebih baik dan Allah berikan aku lebih baik. Sejak kenal dengan bf aku yang ni, aku lebih dekat dengan Allah. Masih berlatih untuk memperbaiki solat, waktu solat. Buat amalan sunat yang lain yang aku tak pernah buat pun dulu. Im way too far to be perfect. Tapi aku nak cakap, kalau kita tukar niat hidup kita untuk cari redha Allah, in a blink of eye, Allah boleh bagi semua tu. Benda yang kita takkan sangka datang.

That story is for brief. Dalam masa tu,ex aku ada jugak cari aku. Dari selatan sampai utara dia travel semata-mata nak get back. Tapi aku cakap elok2, aku tak boleh dan ada tipu sunat. Aku cakap aku dah tunang dengan orang lain. But until now dia macam meroyan lagi. Benda ni dah libatkan family both sides. Dari jadi lagi teruk, aku tinggalkan semua kisah lama aku dan mulakan hidup baru. Alhamdulillah. Aku mintak dengan Allah supaya tunjukkan aku jalan. Alhamdulillah, sikit2 Allah berikan aku petunjuk.

Recently, dalam 3 bulan kebelakang, aku ada mimpi yang aku tak pernah mimpi. Bukan sekali tapi few times dalam gap yang dekat2. Aku mimpi aku pegang baby. Baby yang aku pegang suka kat aku. Lepas tu aku mimpi ular hitam. Ada one time aku berani jugak pegang ular tu. Rupa ular tu macam ular tedung selar kalau aku tak silap. Lepas tu aku mimpi ada binatang macam lipan sengat aku. Aku jadi resah lepas tu. Tak pasti mainan tidur atau satu petanda. Tak lama lepas tu aku mimpi pulak pasal ex aku. Dia macam banyak selamatkan aku. Dia macam jadi penyelamat kalau aku susah. Padahal aku tak pernah contact dia ke apa ke. Banyak kali jadi macam tu. Bila bangun je aku resah. Baru-baru ni pulak aku mimpi bf aku. Dia curang dengan aku, dia tak nak dengan aku. Aku ada amalkan jugak surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul sebelum tidur. Tapi gangguan mimpi tu masih ada. Dan kadang-kadang aku ternampak kelibat hitam lalu. Walaupun mimpi,aku jadi kecewa,sedih. Jadi pengaruhi pemikiran aku. Aku pun kadang bersangka buruk dengan dia. Aku tak tahu sama ada aku fobia takut jadi macam kisah lepas atau aku je yang overthinking. Padahal dia kerja jauh kat laut. Kerja berat memang busy. Line pun takde. Aku faham kerja dia macam mana tapi bab bersangka buruk tu aku cuba nak buang jauh2.

Aku kena gangguan atau perasaan aku je? Perlu tak aku rujuk mana2 pakar perubatan Islam untuk scan diri aku? Aku tak nak jadi lagi tak elok. Sebab aku ada terfikir nak jumpa ustaz2 tapi was-was tu selalu muncul. Aku tak tahu nak buat apa sekarang.

diknon

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply