Inspirasi

Nasib graduan tesl universiti swasta – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nasib Graduan TESL Universiti Swasta

Aku adalah graduan dari sebuah universiti swasta di selangor. Aku grad tahun 2010.

Sejak dari tahun 2010 macam2 keje aku tapi masih dalam scope pendidikan which means, mengajar english.

3 tahun gstt, 2 tahun ipt n now di private school. Sampai lah satu tahap, aku tanya diri aku, dimana silap aku. Mula2 dulu aku tak kesah sangat sebab tak pelah mungkin rezki aku takat ni n dapat gain experience jugak.

Tapi setelah 6 tahun aku bekerja, lelah aku mulai terasa. Bukannya aku tak bersyukur tapi kerja2 yang aku penah kerja termasuk sekarang, jgn kata kenaikan gaji kebajikan pekerja mmg jauh sekali nak dipedulikan. So aku rasa aku layak untuk dapat better place.

Then aku call SPP, aku cakap dari 2010 aku apply. Tapi 1 panggilan dari SPP pon takda. Mana silap aku, kot2 la salah isi form ke ape. Then, org SPP cakap graduan lepasan private sector memang takda tempat dalam KPM.

Time tu aku rasa langit tengah menghempap kepala aku. Aku terus terbayang segala duit parents aku laburkan time aku belajar hanyalah semata-mata untuk dapatkan degree yang takda nilai.

Benda pertama yang muncul dalam kepala aku. Kenapa luluskan course TESL kat universiti swasta kalau ko memang taknak terima graduan universiti swasta.

Bukanlah aku taknak bersyukur, mesti akan ada mahkluk Allah akan komen, ko ptt bersyukur sebab ko ada kerja, ko kerja jelah kat kolej2 jadi lecturer, ape masalah.

Pointnye sekarang aku bersyukur, tapi bila aku dah 6 tahun bekerja dengan private sector, kebanyakkanya tak jaga kebajikan pekerja. Macam yang aku cakapkan kat atas tadi. Sapa je yang boleh tahan.

Sekali lagi aku nk nyatakan. Aku bukan merungut, cuma aku nak luahkan ape dalam hati aku

Btw, terima kasih keluarkan cerita aku. Assalamualaikum

si redha

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply