Inspirasi

Pengalaman belajar di india – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pengalaman Belajar Di India

Assalamualaikum dan hello.

Aku bekas pelajar yang dahulunya belajar di India. Ya, India. Aku tahu segelintir masyarakat memandang rendah jika mengetahui kami belajar di India.
India, yuckss. Kotor kot sana.
India je? Tak standard la macam UK, US, Ireland, France etc.

Tetapi ada jugak yang terlampau positif.
Belajar India boleh la jumpa SRK.
Belajar kat India mesti boleh makan kari hari hari.
Hahaha, but yeah. Segelintir sahajalah, most of them menyokong sahaja kalau belajar di India.

Apa yang nak aku cerita tentang India?

Pertama: Makanan.

Ya, makanan! Semua orang bila sebut tentang makanan, terliur dah. Sejujurnya, ya, India kaya dengan makanan. Korang nak tau tak, berat sebelum ke India, 50 kg, balik dari India, 60 kg. Ha, nampak tak di situ? Apa je makanan dekat India? No, no, no, bukan semata mata kari ye semua. Dan aku bukan fanatik kari. India ada parota, gobi manchurian ( bunga kobis goreng bahasa mudahnya), butter chicken, maggi India yang sumpah sedap, tandoori chicken, dan yes, mereka ada nasi goreng juga. Seriously, portion nasi diorang memang menggunung! First time aku sampai, 1/3 je aku mampu makan. Selebihnya bagi kawan. Sebulan lepas aku duduk sana, aku berjaya menghabiskan sepinggan nasi. Hahahaha! Even sandwich cikai dia pun dah sedap weh. Sesiapa yang berhasrat nak travel ke India, jangan risau, makanan halal senang didapati. Cuma satu jela, bila time korban, susah sikit, bau je daging, polis akan datang check rumah. Yela, pada diorang, lembu tu macam binatang suci.

Kedua: Saree

Saree sana memang super murah, tak macamkat Malaysia. Kau boleh dapatkan saree berkualiti di sana dengan harga yang murah. Saree tu korang boleh buat baju kurung, blink blink gitew. Pernah dulu aku buat bisnes saree, tapi kejap jela, pastu dah focus belajar. Tapi memang berbaloi. Kena pandai pilih corak la. Tetapi pakaian lain, Malaysia lagi best la.
Ketiga: masyarakat India.

Di sini suka untuk aku cerita, sebagai pengalaman, pengajaran. Ya, lecturer aku memang sangat baik dan comel. Tak keberatan untuk share ilmu pengetahuan dan yang penting tak berlagak pandai. Korang tanyalah soalan sebodoh alam, still diorang jawab.
Tetapi, suka jugak nak bercerita tentang masyarakat India secara general. Pernah tak korang tengok lelaki bercoat, ber-tie, kencing di tepi jalan? Ya, itu perkara biasa di India. Orang sekeliling pun takde buat muka jijik. Mungkin diorang rasa hensem kot. Tips kalau korang jalan tepi dinding, DONT EVER TOUCH THE WALL. Bau hancing memang semerbak, mula mula eww jugak lama lama dah terbiasa.
Selain dari tu, masyarakat India kebanyakannya jenis kaki pusing dan kelentong. If you know what I mean. Tambah bila tengok kau perempuan, foreigner. Sebagai contoh, kalau kau naik scooter ( transport aku masa study dulu, takde lesen, tapi diorang pejam mata je, merempit tau aku kat sana), nampak scooter kau mati tengah jalan, diorang akan super tekan korang untuk duit repair. Dengan muka seposen diorang. Tapi korang kena tegas skit, buat muka garang, insyaAllah selamat dari di tipu. Kalau beli barang contohnya, its good to check one by one items korang beli, dengan harga sekali, untuk mengelakkan dari ditipu.
Tetapi, seperti aku tegaskan, tidak semua mereka negatif. Ramai jugak yang baik. Disebabkan kos hidup di India yang murah, aku mampu untuk mengupah maid dan tukang masak. Alhamdulillah. Mereka sangatlah baik, tak pernah satu sen, duit kami diambil semasa dia mengemas rumah sewaktu kami tiada. Dan cooker tu masak sangat sedap! Dah macam bapak jaga anak. Rindu dia.
Tentang masyarakat India yang korang kena tahu, gelandangan dan orang peminta sedekah masih lagi ramai. Kalau di India, tiba tiba segerombolan kanak kanak yang sangat messy, minta sedekah. Selalunya diorang hantar seorang, namun, once korang dah sedekah kat seorang budak, selebihnya akan menerpa datang around 5-6 kids. Masa mula mula memang aku bagi, lama kelamaan kalau hari hari mau aku plak bankrupt. Haha. Ya, aku ikhlas, cuma time tu aku student,duit pun cukup makan.

Keempat: travel around India!

The best part kan! Memang pun. Aku travelled dengan 13 orang member ( lelaki perempuan) selama around 14 hari. Boleh kalau semua perempuan je, tetapi seeloknya kena la ada lelaki. Tempat orang, kita tak tahu macamana lagi. Antara tempat tempat dilawati, Mumbai, New Delhi which is their so called KL, Amritsar ( the famous golden temple), Jaisalmer ( tempat padang pasir), Shimla, Manali, Chandigarh etc. Transport utama kami adalah keretapi. Pernah tengok cerita hindustan? Pernah tengok naik train atas bumbung? Tak lah kitorang tak naik macam tu, train kami ber-aircond, bersleepers, first class. InsyaAllah mostly kita mampu, even kami students. Tapi sesungguhnya, jarak dari tempat belajar aku ke New Delhi mengambil masa selama 36 jam. Mereput dalam train. Tapi jangan risau, ada toilet dan setiap pitstop ada orang akan datang jual makanan, insyaAllah kenyang dan halal. Time dalam train boleh la bawak laptop tengok cerita Hindustan kasi feel. Hahaha. Masa aku dulu, famous 3 idiots, so itulah movie kitorang. Cut story short, di New Delhi tak best sangat, cuma since dia ni ibu negara, pergilah jugak. Kemudian kami ke Jaisalmer, tempat padang pasir, di sana kebanyakannya Muslim jadi dapatlah makan kari kambing. Pergh. Sedap superb. Aku masih terngiang ngiang rasa dia. Bermula dari di Jaisalmer, kami sewa karavan ( macam van la), sebab senang bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Kemudian kami ke Amritsar, dekat sana ada golden temple, yes it made of gold! Jangan risau, Muslim boleh je masuk, sekadar melawat. Cantik sangat. Kalau korang peminat SRK, ada satu cerita dia berlakon dekat situ.
Kemudian, kami ke Shimla dan seterusnya Manali. Shimla lebih kepada tanah tinggi, tapi belum ada salji. Kami cuma menaiki kuda dan yak di sana. Di Manali, memang kawasan bersalji. Mak aihh, sejuk gila, dan sememangnya bukan aku peminat salji. Banyak aktiviti boleh dibuat di sana, dan memang enjoy!! Perjalanan ke Manali memang sangat cantik! Antara aktiviti yang tak dapat dilupakan di Manali ialah makan maggi sup masa sejuk tu. Nikmat!

Dan destinasi terakhir kami di Mumbai, di mana kebanyakan pelakon Hindustan tinggal di sana. Niat di hati nak ke Rumah Agam SRK, tapi tiada rezeki. Sedih. In a nutshell, aku cuma nak ingatkan kalau nak travel ke India, bawak ubat untuk food poisoning atau spare la air garam.
Almost 80% korang akan diarrhea ( cirit birit) di sana. Tapi selalunya day 1-2, selepas tu insyaAllah okay.

Itu sahaja. Sumpah. Aku rindu India. Mungkin suatu hari aku kembali.

Aku rindu India

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply