Inspirasi

Pengalaman: kerja di klinik tempat jual bayi – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pengalaman: Kerja Di Klinik Tempat Jual Bayi

Assalamualaikum..

Kisah ni berlaku pada tahun 2003, aku straight to the point je apa aku nak kongsi.. Pertama sekali aku nak minta maafla kalau penulisan ni kurang baik sebab aku bukan budak sastera nak tulis bagus-bagus.. janji korang faham aku nak cerita apa, dah kira ok la.. Kedua, cerita ni memang benar-benar terkesan kat diri aku, jadi aku memang ingat sampai sekarang. Jadi tak payah la korang nak teka ni semua rekaan ke, apa ke..

Masa semester break, aku keje kat klinik di klang yang berdekatan dengan umah aku. Nama klinik tu tak silap aku klinik Indra, sebab dah lama aku pun tak ingat sangat dan rasanya klinik tu pun dah tutup. Yang aku ingat, klnik ni klinik india. Sorry aku bukan nak racist, tapi inilah yang betul-betul berlaku. Lepas aku apply, keesokkan harinya aku terus start kerja, sebab dia nak pembantu nurse urgent. Rezeki akula dapat kerja tu.. Klinik ni ada 2 shif.. shif pagi & petang..

Start kerja pagi tu, aku masuk, staff nurse A akan ajar aku apa nak buat.. kalau patient datang apa nak buat dan etc Lepas tu, nurse tu bawak aku ke bilik belakang.. kat belakang ni ada bilik baby ada 2 orang baby masa tu.. Belum sempat aku nak tanya, nurse tu dah cakap kat aku, baby tu sakit jadi kita kena jaga buat sementara waktu. Kalau korang nak tahu nurse kat situ semua india, aku sorang je melayu.. Ada 4 orang nurse termasuk aku.

2nd day aku kerja, ada sorang budak perempuan register.. Pastu dia cakap nak cuci.. aku yg naive ni panggilla nurse A tu sebab baru kerja jadi tak tahu lagi nak buat apa.. aku kerja ni pun sebab nak isi masa lapang cuti semester je.. Then, nurse A suruh aku bawak perempuan tu pergi bilik kat belakang bagi patient tu baring.. aku pun follow je la.. rupanya nak gugurkan kandungan Aku betul-betul rasa noob sangat masa tu.. muda lagi perempuan tu.. macam budak sekolah.. dah settle masuk ubat semua, then aku dok depan kat kaunter register tu.. aku tak tahu apa jadi lepas tu..tahu-tahu budak perempuan tu keluar jalan dalam keadaan sakit then sorang lelaki ni bayar rm300 untuk hal tadi tu..

Sepanjang 4 hari kerja shif pagi, memang ok je cuma masa mandikan baby tu aku kurang senang dengan nurse india A ni, pas je mandi, dia pegang kaki baby ni pastu dalam keadaan terbalik dia hayunkan budak tuAku tengok pun macam nak luruh jantung, melalak lolong budak tu.. aku tegur gak apasal buat macam tu, aku cakap nanti sakit baby tu, alasan dia nak bagi baby tu tak gayat.. aku cakap kat dia takpelah lepas ni biar saya je yang mandikan.. aku kesian tengok baby tu mengeletar-geletar badan..lepas tu aku kena tukar shif malam.. Umur aku kerja time ni 19 tahun. 1st time aku kena berjaga malam sebab jaga baby.. setiap sejam mesti ada yang nangis nak susu atau kena tukar lampin.. Aku tak kawin lagi mana nak tahu kena jaga malam sejam sekali

Hari kelima aku kerja siang tu ada lagi sorang baby masuk bilik baby tu..Malam tu, aku kerja shif dengan nurse B.. nurse ni muda sikit dari aku. Pastu aku saja tanya dia.. kenapa lama sangat baby dua orang tu duduk sini, mula-mula dia macam berat nak cerita ngan aku.. pastu aku dah pujuk dia, dia cakap.. sebenarnya baby yang ada kat situ semua mak dia taknakkiranya anak luar nikah la aku terkejut gila bila dengar.. pastu dia cerita lagi.. mak-mak baby ni bersalin dekat hospital dekat dengan kawasan tu jugak, lepas bersalin doctor akan hantar kat klinik tu dan tunggu buyer..aku tanya lagi, kalau tak ada orang nak beli macamana, dia cakap, baby tu akan duduk situ sampai ada orang nak beli.. harga seorang baby rm3000-rm15000.. Lagi aku nak luruh jantung aku aku kesian tengok baby-baby tu.. comel-comel sorang baby india, dua lagi tu melayu.. Lepas aku tahu hal tu, aku pergi bilik baby tu, aku usap kepala baby-baby tu.. aku nangis.. kesian sebab aku tak boleh nak selamat kan diorang..

Esoknya aku cerita semua kat mak aku.. mak aku sebak.. sedih.. mengigil badan mak aku dengar cerita aku.. mak aku terus suruh aku berhenti kerja.. esoknya aku call je cakap nak berhenti 24jam.. Tak sanggup bersubahat..nak buat report aku takde bukti sahih..aku kerja pun sekejap je sekarang ni mesti Amelia tu dah besar.. Aku bagi nama kat baby tu, Amelia..dia pernah aku siap-siapkan pakai cantik-cantik..Aku tak tahu dia siap comel-comel untuk kena jual.. tapi hari tu orang tu tak nak beli sebab tak berkenan Aku harap baby-baby tu Allah selamatkan dan lindungi mereka

Ieja

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply