Semasa

Pukau: Warga emas rugi RM87,000 lepas ditepuk bahu

Perkongsian

[IMG]

Kuala Lumpur: Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati jika dihampiri orang tidak dikenali selepas tiga wanita asing dipercayai dari China dikatakan memukau seorang wanita warga emas menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM87,000 di Sri Petaling, di sini.

Dalam kejadian 8.30 pagi, 7 November lalu, mangsa berusia 73 tahun, ditegur seorang wanita tidak dikenali ketika dia dalam perjalanan ke pasar tani dari sebuah klinik swasta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, tiba-tiba datang seorang lagi wanita menepuk bahu mangsa menyebabkan warga emas itu khayal.

“Kedua-dua suspek mendakwa mangsa kononnya bernasib malang dan membawa mangsa berjumpa seorang lagi wanita yang mereka katakan sebagai ‘sifu’ yang boleh membuang sial mangsa.

“Mereka meminta mangsa menyerahkan wang dan barang kemas sebagai bayaran berubat dan selepas selesai upacara, tiga wanita asing itu menyerahkan sabun dan botol berisi air, ” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dipukau dan ditipu beberapa jam selepas pulang ke rumah.

Anak mangsa memuat naik kisah ibunya ditipu di Facebook dan ada mangsa di China mendakwa turut menjadi mangsa tiga wanita itu dengan menyertakan gambar tiga wanita terbabit.

Mohd Luthfi menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan individu tidak dikenali. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply