Semasa

Tak beri air kotak, pelajar patah tulang rusuk dibelasah senior

Perkongsian

[IMG]
Foto yang viral.

Ipoh : Pelajar tingkatan satu sekolah agama di sini, patah tulang rusuk kiri selepas dipercayai dipukul beberapa pelajar senior pada pagi 16 November lalu sebelum kejadian itu menjadi viral sejak semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi pada 16 November lalu, Muhammad Aiman Fahmi Norrizzal, 13 mendakwa ditendang dan ditampar selain diseret beberapa pelajar senior di surau sekolah berkenaan berikutan seorang daripada mereka tidak berpuas hati kerana dia enggan memberikan air kotak miliknya ketika diminta.

Menceritakan kejadian, dia dikejutkan seorang pelajar senior yang memintanya ke surau untuk solat berjemaah.

Katanya, sebaik tiba di surau sekolah berkenaan, dia dipukul bertubi-tubi oleh sekumpulan pelajar senior.

“Mereka pukul saya seorang demi seorang, dan melepaskan saya setengah jam kemudian.

“Beberapa pelajar senior itu turut mengugut saya supaya tidak melaporkan perbuatan itu kepada sesiapa termasuk guru,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Sri Kinta, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kejadian itu terbongkar selepas Muhammad Aiman Fahmi dibawa ibu bapanya ke Klinik Kesihatan Greentown untuk rawatan akibat sesak nafas.

Bapa Muhammad Aiman, Norrizal Ramli, 36 berkata, dia terkejut sebaik dimaklumkan doktor terdapat beberapa kesan lebam di bahagian hadapan dan belakang badan anaknya dipercayai dipukul kerana anaknya hanya memberitahu dia sesak nafas akibat terjatuh.

“Hasil ujian pemeriksaan X-ray, doktor memaklumkan tulang rusuk sebelah kiri anak saya patah,” katanya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang bagi membolehkan polis menyiasat perkara itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Deepavali peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak malam tadi mengesahkan menerima laporan daripada bapa mangsa dan akan mengulas lanjut selepas menerima laporan daripada pegawainya. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply