Semasa

Tak waras, pemuda pecahkan patung kuil di Ipoh dibebaskan

Perkongsian

[IMG]
Fathi Munzir (kanan) bersama bapanya Datuk Nadzri Ismail keluar dari bangunan mahkamah selepas dibebaskan daripada dua tuduhan termasuk merosakkan patung berhala. FOTO Muhammad Apendy Issahak

Ipoh 30 Nov: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan graduan perubatan yang didakwa merosakkan patung berhala di sebuah kuil pada 24 April lalu kerana didapati tidak waras.

Fathi Munzir Nadzri, 29, turut dilepas dan dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan kerana memiliki parang pada tarikh dan tempat yang sama.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas mengambil kira keterangan daripada pakar psikiatri selain terdapat keraguan munasabah.

Fathi Munzir didakwa dengan dua pertuduhan pada 29 April lalu di mahkamah sama kerana kesalahan merosakkan patung berhala di Kuil Sree Muneswaran Amman Kovil di Jalan Hospital Ipoh, di sini dan memiliki senjata berbahaya, pada 5 petang 24 April lalu.

Bagi tuduhan merosakkan patung berhala dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki parang.

Ikmal Hishan dalam alasan penghakimannya bagi tuduhan memilki parang, terdapat banyak keraguan yang timbul termasuk keterangan saksi utama yang mengatakan melihat tertuduh membawa barang atau besi dan bukannya parang, selain tiada sebarang pengecaman cap jari pada parang yang dirampas dilakukan.

Menurutnya, bagi tuduhan merosakkan patung berhala pula, terbukti dengan jelas tertuduh adalah orang sebenar yang melakukan namun berdasarkan keterangan pakar psikiatri mengesahkan tertuduh menghidapi ‘Bipolar Affective Disorder with Psychotic Featureslm Manic Phase’ dan tertuduh mempunyai pelbagai idea mengenai isu-isu keagamaan serta delusi mempunyai kuasa dari tuhan untuk menyelamatkan agama Islam.

Katanya, dengan itu Fathi Munzir didapati melakukan kesalahan tetapi tidak disabitkan kerana dia dibuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa dia tidak waras ketika melakukan kesalahan itu dan dibebaskan dengan amaran. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply