Inspirasi

Taska mahal servis kelaut – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Taska Mahal Servis Kelaut

Assalamualaikum semua. Aku rasa terpanggil nak cerita pengalaman aku kerja kat taska lepas baca confession Cik Wawa pasal Taska Neraka tu. Sebabnya, aku terkejut ada similarities dalam pengalaman kitorg. Aku pun pernah kerja part time kat satu taska ni masa lepas SPM dan kemungkinan besar sama tahun dengan Wawa. Cuma pengalaman aku lain sikit. Sama tapi tak serupa lah.

Aku gelar taska ni Taska Otak Excellent (bukan nama sebenar). Dia bawak modul syllabus bernama Pandai Membaca (of course bukan nama sebenar tapi benda ni famous kat Malaysia) di mana modul ni cara dia ajar membaca ada teknik dia sendiri. Kira kalau cikgu kat taska tu yang ajar budak-budak membaca ni patutnya bersijil atau qualified untuk mengajar. Kalau macam aku ni yang terang-terang budak baru lepas SPM tak bersijil Pandai Membaca tu, aku tak patut ajar subjek membaca lah kan. So Alhamdulillah aku ajar Matematik dengan Sains masa tu. Bunyi gempak Sains tapi sebenarnya macam ajar English lah head, shoulders, knees and toes tu.

Benda yang aku terkejut mula-mula ialah sebenarnya cuma sorang je cikgu situ yang ada sijil mengajar Pandai Membaca tu. Aku rasa sebab owner taska ni jenis nak save duit so dia hantar sorang je cikgu untuk kursus tu. Selainnya belajar je dengan cikgu tu macam mana nak ajar ikut syllabus tu. Kat situ dah kurang jujur dah. Lagi satu pasal subjek Matematik aku. Untuk budak umur 6 tahun ni, terbahagi kepada 2 kelas masa tu. Satu kelas advance sikit, satu lagi kelas yang kurang advance. No problem, semua aku sayang. Cuma aku pelik lah dari hari first aku kerja, budak-budak ni diberikan buku latihan yang sama. Kira tak ada beza pun budak tu kelas mana, semua buku yang sama. Alasannya, sebab owner tersalah order buku dan dia balun je suruh semua budak pakai buku sama sebab taknak bazir duit. Tapi lastly kantoi gak dengan satu parent ni sebab anak dia kembar, sorang kelas advance, sorang tak.

Satu lagi contoh suka berjimat owner taska aku nampak ialah bab alat tulis budak. Antara charge yuran yang parents kene bayar ialah alat tulis (stationaries: pensel, pensel warna). Alasannya, budak-budak selalu hilangkan stationaries sendiri so lagi baik kat taska ni diorang provide sekali. Okay fair lah. Selaku cikgu time tu, antara aktiviti harian aku adalah mencarik pensel warna budak yang hilang sebab aku tau benda tu mahal dan kesian kat parents budak. Seriously, memang magic camne boleh hilang depan mata. Tapi, yang negatif nya, stationaries yang owner beli sangat lah berkualiti rendah. Pensel cepat patah (kerja aku dok korek pensel je setiap berapa saat), pensel warna pulak dia beli satu set 12 batang je sebenarnya buat kongsi satu kelas. Pensel warna tu brand murah, dan 20 budak sekelas share 12 batang tu. Padahal, parents setiap budak tu semua bayar untuk stationaries. Duit tu ke mana? Fikirkan.

Aku kesiankan budak-budak tu, aku beli pensel 2B brand elok sikit untuk diorang pakai. Pensel warna pulak aku bawak sendiri punya Faber Castell 24 batang dari rumah. Aku pun dah habis sekolah time ni dan aku tak ada tanggungjawab lain. So boleh lah keluar duit sendiri untuk benda ni. Tapi cikgu-cikgu lain semua jenis orang tak senang, anak ramai. Memang tak boleh lah nak expect diorang keluar duit sendiri untuk ni kan. Kenapa aku cakap keluar duit sendiri? Sebab pernah beritahu owner untuk mintak top up kan alat tulis, tapi hampeh. Marker whiteboard pun dia tak belikan baru, aku terpaksa bawak marker pen sendiri.

Seterusnya, aku nak cerita bab budak kene marah. Ye, aku sangat setuju budak-budak memang kene marah secara salah dan merosakkan psikologi budak membesar. Contohnya, aku pernah nampak sorang budak yang pernah ditepuk dengan kasarnya sampai jatuh tersungkur budak tu satu anak tangga. Esok tu jugak parents budak tu datang complain. Budak-budak kene marah jerit-jerit bila nakal tu normal dan diejek pun ada. Ada sorang budak lelaki ni debab tau. Ada satu hari tu aku tengok budak-budak lain ejek dia panggil gemok ulang-ulang. Bila aku tanya kenapa panggil camtu, budak-budak innocent tu cakap sebab Cikgu X panggil dia gemok boleh. Aku cakap biarkan cikgu tu nak panggil apa, tapi korang semua tak boleh sebab tak baik panggil orang gemok. Aku saje je tegur diorang tinggi sikit suara time tu, sebab aku tau cikgu tu tengah dengar.

Paling tak boleh blah bila owner tu paksa aku ajar budak-budak mengaji. Firstly, aku tak pandai ajar pakai Iqra because aku zaman old school Muqadam beralaskan rehal. Secondly, aku bukan qualified Ustazah. Tapi aku cuba jugak sebab dah dipaksa nak buat macam mana. Ada sorang budak perempuan 6 tahun ni pernah kene tolak masuk bilik aku sebab cikgu tu cakap dia dah taknak ajar budak ni. Bayangkan psikologi budak tu bila dengar benda camni.

Bab makanan memang sedih lah. Tak baloi dengan yuran yang dibayar. Makanan cikgu-cikgu lain kene masakkan sebab owner berjimat bab upah tukang masak ni. Bezanya, aku tau makanan diorang dijamin bebas ubat batuk sebab cikgu-cikgu pun disediakan breakfast kat situ. Ada masa menu mesra kanak-kanak macam bihun goreng. Ada hari yang aku sendiri tak makan sebab menu rare sikit macam sardin masak air. Mungkin aku jela tak biasa dan sikit pun takde niat nak hina makanan ruji orang atau berlagak kaya tak makan sardin. Aku serious suka sardin, tapi aku memang tak biasa tengok sardin letak air banyak-banyak jadi macam sup. Inilah menu yang paling selalu tak habis sebab budak-budak tak makan. Bila budak-budak tak makan jadi apa? Ye, jadi lapar. Ramai antara diorang ni yang duduk sampai petang so aku tak tau lah macam mana diorang tahan. Air milo lak dia bahagikan camni. Satu cawan plastik kecik tu setiap budak minum 1/3 sukatan. Bukan full cup, bukan setengah, tapi 1/3. Amount ni sikit bagi aku.

Tambah lagi, budak-budak akan berkongi cawan dan sudu sebab budak-budak bawah 6 tahun akan disuap untuk elak bersepah makanan. Nampak practical sebab nak senang bersihkan, tapi memang aktif sebar selsema batuk kat semua budak. Pernah sekali sorang budak perempuan 5 tahun ni balik rumah mengadu kat ayah dia sebab lapar kat taska. Of course lah ayah dia datang marah sebab bayar mahal tapi anak balik rumah lapar. Esok tu jugak aku nampak sorang cikgu tu buatkan budak tu susu dia, and paksa budak tu telan sampai habis susu sebotol. Sampai terbatuk-batuk tumpah kat baju sikit. Aku sangat fobia tengok kejadian tu sebab adik aku sendiri pernah tadika kat taska ni. Masa adik aku kat situ, adik aku kurus and selalu taknak makan situ. Aku bagaikan dah boleh bayang apa yang jadi kat adik aku masa tu.

Aku tau ramai pembaca kat sini parents dan yang bukan parents pun geram sekali. Maybe ada gak yang marah dengan aku sebab tak laporkan apa yang aku nampak. Kat sini aku nak remind yang aku masa tu budak baru habis sekolah dan bekerja dengan cikgu-cikgu umur 40-an jadi aku tersepit. Plus zaman ni bukan zaman viral, phone pun camera buruk resolution dan Youtube belum menjadi fenomena. Aku decide cerita hal lama ni untuk beri beberapa reminder pada parents yang mencarik taska:

1. Check lesen taska (Taska aku tu tak berlesan untuk daycare sebenarnya, cuma ada lesen taska/tadika)

2. Check buku anak-anak. Kalau tak berpuas hati, beritahu dengan segera.

3. Check menu makanan anak-anak. Kalau anak tak suka menu tersebut, bawakkan bekal untuk elakkan anak kelaparan.

4. Check hidden charges (E.g. Stationaries betul ke taska atau tadika provide berpatutan dengan charge)

5. The most important thing is: Trust your child! Kalau anak cerita kene jerit or rotan teruk or ejek or lapar, trust the child.

Kepada parents kanak-kanak comel ku, aku dah cuba sedaya upaya untuk menjaga semua anak di situ. Aku sangat sayangkan setiap budak yang dijaga dan selalu sangat teringatkan diorang. Ye aku tau diorang mana tau aku ni sape and maybe tak baca pun cerita ni tapi aku nak gak cakap aku sayang budak-budak tu. Aku jugak nak tenangkan hati setiap pembaca yang cikgu-cikgu tu tak kejam. Diorang tak jahat dan ada je aku nampak diorang baik dengan budak-budak taska tu. Kalau budak tu slow learner, diorang cuba gak ajar extra time. Cumanya, diorang stress kerja kat situ. Owner tu jenis berjimat sangat, gaji cikgu-cikgu ni rendah amat (tak sampai RM900). Padahal ni taska private dan kerja sampai ke petang. Diorang jugak orang yang tak senang dan anak ramai. Aku faham perasaan diorang dan aku jugak bersangka baik yang diorang pun rasa bersalah bila dah termarah teruk anak-anak situ. But lets be honest, none of us would want these situations to happen to our children (or future children for me).

Lastly, kepada setiap pembaca yang tension sebab aku tak bubuh nama sebenar taska ni, dont worry. Taska ni dah gulung tikar.

Cik Sheila Bukan Nama Sebenar

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply