Semasa

Trump umum tinggalkan bisnes, beri tumpuan sebagai Presiden

Perkongsian

[IMG]
GAMBAR fail, bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu kempen pilihanraya di Loudon Fairgrounds, di Leesburg, Virginia, Amerika Syarikat pada 7 November lalu. – Foto EPA

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini mengumumkan akan meninggalkan urusan perniagaan sepenuhnya, untuk memberi tumpuan sebagai Presiden dan mengelak tanggapan konflik kepentingan.

Trump berkata, beliau akan menjelaskan rancangannya pada sidang media bersama anaknya, bulan depan.

Sebelum ini, beliau menolak kritikan mengenai potensi konflik antara perniagaan dan tugasnya sebagai Presiden.

Sementara itu, bekas eksekutif Goldman Sachs, Steven Mnuchin, mengesahkan beliau dipilih sebagai Setiausaha Perbendaharaan.

Mnuchin adalah bekas pengarah kewangan kempen Trump.

Katanya, pelabur dan jutawan, Wilbur Ross turut dipilih sebagai Setiausaha Perdagangan.

Bagaimanapun, Trump belum mengesahkan beberapa pelantikan itu yang kini tersebar meluas. – AGENSI/BHarian

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply