Inspirasi

Wanita melayu terakhir – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Wanita Melayu Terakhir

Aku laki, tp aku nk jugak ckp fasal kecantikan ni. aku lahir dlm era 90-an. yg mana masa era tu, kalau aku umo 12 thn, budak pompuan dia pun muka mcm belacan. sbb semua dok fikir dah besar nk jd doktor, arkitek, x pernah terfikir di benak nk jd insta femes. iyelah, kalau dah masa tu pun semua celik buku x celik IT. kalau jumpa yg kemas n cantik ni, x semestinya kau ni putih, kening perfect terletak. kadang2 sawo matang pun aku rasa lawa habis dah. ni masa zaman era kpop x jd bahan ukuran utk kecantikan.

Aku pun masa ni x ada nk pakai pomade ke, nk sikat rambut ala2 beckham ke, ronaldo ke, rambut aku cuma messy, bukan mcm messi. tp messy, bila tgh hari balik, dah tak mcm masa dtg skolah. tunggang terbalik. itu zaman masa sekolah era awal 00-an.

Jujur aku kata, skrg perempuan byk habis duit utk brg2 kecantikan. semua nk kulit putih gebu mulus. kalau kau lahirkan anak, usah kau risau lah anak kau tu hodoh, hitam legam ke, esok lusa, celik je mata dia, tahu lah dia nk cari dato vida ke, kak ton ke, pandai lah dia repair muka dia. Tp dalam masa yg sama, bg aku its useless, sbb it is fake. perempuan zaman skrg x mcm dulu. blh aku kata kalau cantik tu, mmg asli, kalau yg biasa2 tu pun sbnrnya cantik. as long as kau ada budi pekerti yg baik. cantik tu akan reflect balik pd wajah kau. tu lah yg aku blh kata wanita sebenar n muslimah sejati.

wanita zaman skrg ni, nk pergi mengaji, nk pergi beli roti canai keluar sarapan pg pun ambik masa berejam, nk tepek compact powder lg, nk lukis kening lg. lukis2, terlebih tenyeh, jd shin chan pulak, padam balik, lukis balik, tersalah, habis pulak celak tu, x keluar rumah dah sudahnye. kau nk buat apa takat gi kedai mamak tu, lukis kening kau. kau nk ngorat mamak atau bangla tebar roti canai tu ke. ke kau nk jd madu pak2 ustaz mengajar tu?

Aku rasa, skrg ni pun, kalau kata muslimah sbnr, nk definisikan pun payah. tudung labuh dah, jubah dah blh mop lantai dah, tp syg, bibir merah menyala, bulu mata kalah bulu mata burung kasawari, kalau ada lg panjang, penyapu pun kau rembat agaknya nk bubuh kat mata kau. kening toksah kata lah, sah2 kau lukis jugak. mata contact lens punya, x main lah mata2 hitam ni, ye lah, nak jd qurratu ain kan mata main peranan. kau tahu x, bnda ni lah yg buat kami laki2 ni duk pandang. x caya kau tgk brp ramai laki bajet ustaz, laki2 pervert duk komen kat ig kau bersepah. komen pulak acah2 ustaz. semoga awak jd makmum sy. pdhl pg td subuh tergajah dah.

tp aku jamin bukan semua laki suka nk bini dia bermekap ala2 gitu kat luar even bg perempuan dah cukup muslimah sejati dah, yelah, laki mana nk laki lain cuci mata tgk bini dia. tu belum lagi bila diri dah perasan lawo, sekali selang 2 min upload gambo kat insta. yelah, mana tahan wei, laki lain duk puji puja bini kau. dah lah bayar hantaran mahal, maintainance bulan2 pun mahal, sudahnya wajah bini kau dikongsi laki gatal kat luar sana, jgn ler jd dayus. jgnkn bini, adik aku, kakak aku pun aku sound. tp Alhamdulillah didikan agama mak buat kami terhindar dari fitnah akhir zaman ni.

bg aku lah n certain2 kawan aku yg aku tanya bila sembang2 kedai kopi, kalau zaman sekarang ni, kau jumpa perempuan yg muka dia free dari mekap2 tu semua, n cuma bedak je x bg nmpk pucat, n tudung baju semua elok, kau lah wanita melayu terakhir. ni lah kot yg dorg duk mention wanita melayu terakhir. jujur cakap, aku pernah ternampak perempuan mcm ni, masih wujud, tp x ramai. tudung labuh, muka suci je, pergaulan terjaga. bila risik2 perangai, mmg org nya baik dan terjaga, tp syg sudah berpunya huwaaa lantak korang lah nk bash aku ke apa, mmg hati ni sedih pun, eh, iklan jap.

tp bunga bukan seekor, eh! sekuntum. yg baik2 tu kau hadam lah kdg laki ni just nk jujur je. yg gelap2 jgn rasa rendah diri, perbaiki pakaian dan akhlak. kau akan nmpk cantik automatically. lastly aku nk pesan, kalau laki tu betul2 baik, kalau kau biasa2 sblm kawen pun, lps kawen kau blh jd luar biasa, cehhh asal senang nk dibimbing, sbb tu akhlak main peranan.. jd lah wanita yg layaknya dihormati. aku hormat kalian. maaf kalau hati terobek dek kata2 aku. sorry weyh. mak aku berpesan pd adik aku, mak aku cerita, tok wan aku pesan. kalau mak aku ada gosip dgn mana2 laki masa belum kawen dulu, maksdnya dia x betul2 pandai jaga diri dia. bezanya lah wei wanita zaman dulu n skrg.

di mana lah wanita melayu terakhir tu, dah berakhir kah? tp aku masih lg positif, dia masih wujud, masih.

-aku yg berpesan.

aku yg berpesan

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply