Inspirasi

Amanah yang gagal dipenuhi – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Amanah Yang Gagal Dipenuhi

First sekali aku nak ucap terima kasih kat admin sebab approve confession aku. Benda ni jadi kat aku tahun awal tahun ni tapi mak, bapak, family member aku tadak sapa pun yang tahu. Member-member rapat ja yang tahu lepas tu supervisor aku.
Aku ni bakal guru.

Hari tu aku di tempatkan di sekolah A ni untuk practicum. Pada mulanya semuanya Nampak baik-baik saja, semua orang happy je kat sekolah tu termasuk aku. Hari-hari angkat beg masuk kelas senyum-senyum pastu ngajar. Aku tegur je semua orang masa tu termasuk geng-geng pentadbir.Masa tu semua orang Nampak baik kat mata aku. Kat situ, aku diberi mengajar 4 kelas ( darjah 1, 3, 4 dan 5). Dalam banyak-banyak kelas kelas darjah 4 paling kerap aku masuk.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari ada budak kelas aku mengadu sakit dekat bontot sampai nangis-nangis. Patutlah masa aku ngajar dia cakap tak leh nak duduk. Aku tanya dia kenapa sakit kat situ. Sebab jatuh ke apa tapi dia duk cakap tak tau sampai ke sudah. Banyak kali kot tanya tapi jawapan sama je dia bagi. Dalam hati aku dah syak bukan-bukan dah masa tu. Bab bontot-bontot ni lain macam sikit aura dia. Risau pulak aku. Aku nak report kat cikgu disiplin tapi budak tu meraung-raung tak bagi aku report. Kang kalau aku buka seluar dia kang tak pasal-pasal jadi head line surat khabar pulak. Tanpa menghiraukan raungan budak tu, aku pi report. Tak lama lepas tu, geng-geng ajk disiplin pun mai check budak tu. Terkejut oi, korang tahu dak apa? Ada kesan lebam dan luka kat bontot. Bila dah luka apa semua, memang aku syak budak kena liwat dah tapi mangsa ( budak tu) duk nafi-nafi dan tak mau cerita kat cikgu. Bila keadaan tenang sikit, aku try tanya mangsa tu lagi sekali tapi dia tak cakap pun sapa buat cuma dia duk bagitau aku si tukang kebun sekolah salinkan baju dan seluar dia dalam tandas. Pelik juga bila tukang kebun salinkan baju budak dalam tandas sedangkan tugas dia siram bunga apa semua tu.

2 minggu berlalu, berdasarkan beberapa siasatan rupanya ada juga mangsa lain. Sedih aku tengok budak-budak comel tapi jadi mangsa tukang kebun. Si tukang kebun tu pula muka acah-acah alim giteww. Pendek kata kalau hampa tengok dia, hampa tak kata dia buat semua tu. Walaupun benda ni dah berlalu tapi aku ternanti-nanti jugak apa tindakan sekolah amik. Korang tahu sekolah buat apa kat tukang kebun tu? Hahaha harey betui. Pihak pentadbir back up pekebun tu dan tak bela sikit pun nasib budak-budak dengan alasan budak-budak reka cita. Segala cita budak-budak kena cabul dan liwat tu ditutup sebab depa (orang atas) takut banyak keja depan kena buat. Oh lupa nak bagitahu, sekolah aku ngajar tu dalam bandar, parents kebanyakan keja office hour. Setiap hari bila pukul 5 baru kebanyakan budak balik sbb tunggu parents habis keje. Korang bayangkan lah apa nasib budak-budak yang tunggu mak bapak sampai pukul 5 tu duk di sekolah. Pendek kata sekolah ni dah macam pusat asuhan tak berbayar lah. Pukul 5 ni, mostly cikgu-cikgu pun dah chow yang tinggal tukang kebun dan pak guard lah. Aku ni budak practicum masa ada hak nak suara-suara kan benda ni semua. Kalau suarakan pun belum tentu orang lain pandang aku ni. Korang jangan pulak nak kata cikgu-cikgu lain pemalas ke apa eh, depa pun ada anak nak kena amik kat sekolah, ada laki jugak kena urus. Tapi dah orang atas tak cakap apa, kita duk bawah ni ikut ja la. Lagi pula, cita pasal liwat tu tak semua cikgu tahu.

Lepas kejadian anak murid aku tu, dia makin jarang pegi sekolah. Bila risik-risik rupanya dia takut sbb si tukang kebun asyik cari dia je. Mak bapak tak tau hal ni sampai satu hari aku gi bagitau depa. Aku masa ni ibarat sedia menunggu mati la. Apa-apa jadi lepas ni mesti pentadbir datang mai cekik aku lah sebab aku the one yang gi bocorkan hal anak murid aku tu kat parents dia. Aku bagitahu tu pun sbb kesiankan mak dia. Korang bayangkan kalau budak tu anak korang. Aku memang tekad bagitahu mak dia for the sake humanity. Menangis mak dia bila tau hal ni. Satu soalan yang keluar dari mulut mak dia masa tu, kenapa tak ada orang lain bagitahu saya pun pasal anak saya. Sedih saya cikgu benda dah jadi lama. Lepas beberapa ketika, kami pi buat report polis.

Selang beberapa ketika lepas report dibuat, polis pi serbu sekolah tapi tukang kebun tu dah tadak. Aku terima berpuluh-puluh missed call dan meseg daripada pentadbir. Depa syak aku bocorkan semua. Banyak sangat benda buruk jadi lepas tu. Satu sekolah pulau aku except salah sorang cikgu disiplin kat sekolah tu. Korang tahu tak, aku kena torture dengan PPD lagi sebab kes ni naik atas, guru besar ugut nak pastikan aku merana sampai mati lah apa lah. Aku kena sindir depan semua guru lah. 4 minggu tau aku tak masuk bilik guru, kat kantin pun aku tak pi. Malu wei, semua orang kata aku teruk. Sampai masa aku mengajar pun ada cikgu lain tunggu sbb takut aku ceritakan something bad pasal pentadbir kat budak-budak. Ada satu hari tu, aku dengar guru besar sendiri cerita kat staff lain yang aku pi report cita tak betul lah kat polis. Malu aku weh. Terlalu banyak benda buruk yang menimpa aku lepas tu. Dan paling aku tak dapat lupakan ialah beberapa orang cikgu yang Nampak baik sebelum ni semua tunjuk belang. Sampaikan yang tak pernah aku sembang pun pi ngaku kat guru besar yang aku pernah kurang hajo dengan depa.Guru besar pulak hmmm percaya semua. Dalam ramai-ramai cikgu kat sekolah, guru besar lah orang yang paling benci aku masa tu sampai la sekarang. Sepanjang hidup aku inilah pengalaman hidup yang sangat teruk. Sedih. Terlalu sedih. Kadang orang sanggup pejam mata walaupun benda buruk ada depan masa semata-mata nak jaga nama baik dan malas buat keje. Sedih bila sesama tak mampu membela nasib bangsa sendiri.

Aku tak tipu weh. Aku cita benda betul. Aku bersyukur ada confession gini,kalua tak sampai kiamat aku pendam benda ni. Aku harap korang pastikan anak korang selamat. Sentiasa communicate dengan anak korang; tanya dia ada sapa-sapa buat apa-apa tak senonoh tak. Ajar anak korang untuk tak percaya kan sapa-sapa. Aku sedih tengok apa yang jadi kat sekolah tu. Aku harap korang alert dengan sekeliling. Please jangan percaya kat sapa-sapa. Ingat, sekolah hari ni bukan lah tempat yang selamat. Aku doakan semoga anak korang dapat membesar dengan baik. Kalau cikgu tak mampu membela anak murid, sapa lagi nak bela.

Pencerita jalanan

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply