Inspirasi

Cabaran dalam berniaga – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Cabaran Dalam Berniaga

Harini, aku nak berkongsi sedikit perkongsian melalui pengalaman aku 4 tahun menjadi seorang suami. Mungkin akan ada yang kata aku poyo, perkahwinan baru setahun jagung dah acah acah. Tapi tak apalah. Sekadar berkongsi. Nak terima, ambil taknak terima, potatoes gonna potate!

Aku sangka dulu, cabaran berkahwin ni terletak pada susahnya cari duit. Iyalah. Waktu bercinta dulu, tiap2 minggu keluar dating. Dan cabaran keluar dating ni, duit lah. Ada duit, kompem tak de masalah dah. Rupanya tidak. Aku seorang peniaga. Isteri aku suri rumah, aku tak bagi dia kerja. Aku taknak jadi lelaki keparat yang bila isteri kerja, balik2 disuruh pulak masak, kemas rumah bagai padahal si suami terbongkang rehat macam dia sorang penat. Disebabkan aku sayang dia, biar lah aku sorang banting tulang.

Orang kata, berniaga ni masa fleksibel. Bila bila masa boleh cuti, boleh masuk kerja ikut suka. Betul aku tak tipu. Tapi jasad kau je yang fleksibel. Hati, otak belum tentu tak terbawak bawak. Walaupun aku balik kerja awal, lepas isteri masuk tidur, aku curi sambung buat kerja. Walaupun keluar teman wife shopping, otak kira-kira, fikir nak buat apa itu ini. Mungkin aku je kot gagal mengurus work-life balance (memang pun). Tapi, benda tu dah jadi habit pada diri aku. Dan untuk kau asingkan dari fikiran, bukan benda yang mudah. Ramai team member yang bergantung hidup dengan perniagaan yang kau buat. Mana boleh aku nak suka hati riang ria ceria masa sales tengah kurang.

And the toughest time adalah masa kau tengah susah. Aku bukan nak kata isteri aku tak supportive, tapi dia lagi senang mental daripada aku. Mental yang mana, kalau aku ceritakan pada dia sales tengah tak elok, dia mula lah risau itu ini. Mula lah dia skip meal. Mula lah dia pun ikut serabut (tak cakap, tapi riak wajah boleh tahu). Dan kau sebagai suami, kau sanggup tengok isteri macamtu? Mungkin ada yang kata, itulah erti memahami. Tapi ketahuilah, apa yang para suami macam aku inginkan adalah tempat mengadu dan senyuman isteri. Tu je. Biasanya, end up aku telan je sesorang pahitnya penderitaan tu. Tengah malam, duduk ruang tamu mengenang nasib sorang2. Skip meal tu benda biasa dah. Balik rumah baru makan. Baru lah aku faham, kenapa bapak aku dulu pergi kerja tak makan. Balik kerja baru cari makan mak aku masak. Rupanya, itu pengorbanan bapak aku selama ni. Hatta pergi jalan-jalan, semua adik beradik order itu ini, bapak aku tak order pun. Habiskan saki baki anak-anak makan tak habis. Pilu pulak bila teringat (walaupun dalam islam, tak elok makan sisa).

Selain masalah emosi, masa tu pun salah satu masalah kritikal. Macam yang aku kata, peniaga ada masa fleksibel ni, sebenarnya bukannya fleksibel, tapi tak tentu. Kadang kadang weekend pun kena kerja. Jumpa supplier itu ini. Family tetibe datang melawat mengejut, meeting dah set dah, terpaksa lari kejap. Wife ajak balik kampung, ada problem pulak kat ofis. Terpaksa cancel. Kadang2, nampak laa jugak wife makan hati walaupun mulut kata tak apa. Tapi nak buat macam mana. Masa kerja tak tentu beb.

Nasihat aku siapa yang bujang tu, kau pulun laa hidup kau puas2 sementara bujang. Bukan kata kahwin awal tak bagus, tapi kau pulun selagi boleh. Jangan dipersiakan ruang dan peluang yang kau ada. Kau pulun waktu dah kahwin ni, bukan takat periuk je dah besar, emosi yang kau nak kena jaga pun dah ramai.

Tensai Sakuragi

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply