Semasa

Di Melaka, 500 alas kaki ayat al-Quran dirampas

Perkongsian

[IMG]
Rahimin (kiri) memeriksa alas kaki yang dirampas. FOTO Rasul Azli Samad

Melaka: Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) rampas 500 alas kaki menggunakan kertas mengandungi ayat al-Quran dan hadis sebagai pelapik pada bahagian dalam.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan di sebuah gudang penyimpanan di Krubong, jam 2.30 petang tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal dilakukan pembekal terbabit mendakwa memperoleh alas kaki berkenaan dari Indonesia.

“Alas kaki berkenaan disimpan di gudang berkenaan sejak Februari lalu, selepas pihak pembekal menyedari pelapik pada bahagian dalam menggunakan kertas mengandungi ayat al-Quran dan hadis lalu mengasingkannya.

“Kami juga membuat pemeriksaan di tiga pasar raya sekitar daerah ini dan mendapati mereka sudah hentikan penjualan alas kaki itu. Berikutan itu kami minta orang ramai yang terbeli alas kaki itu serahkannya kepada JAIM untuk dilupuskan oleh KDN,” katanya.

Menurutnya, alas kaki yang dirampas dari gudang berkenaan juga akan diserahkan kepada KDN sebelum dilupuskan. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply