Semasa

Ditipu, 300 bakal jemaah umrah terkandas di klia2

Perkongsian

[IMG]
Kira-kira 300 bakal jemaah umrah terkandas klia2dipercayai terpedaya dengan pakej murah ditawarkan sebuah agensi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Sepang: Kira-kira 300 bakal jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini dipercayai terpedaya dengan pakej murah ditawarkan sebuah agensi.

Difahamkan, mereka yang membabitkan tiga kumpulan dari Johor dan Perak membayar kira-kira RM3,500 setiap seorang, manakala, agensi itu turut mempunyai lesen sah dipercayai beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur.

Bakal jemaah umrah terbabit sepatutnya berlepas pada 27 dan 28 November lalu serta jam 7.30 malam hari ini.

Seorang lelaki enggan dikenali berkata, dia bersama keluarga datang dari Ipoh, Perak adalah kumpulan ketiga yang sepatutnya berlepas pada hari ini.

Menurutnya, dia mengenali agensi berkenaan selepas dimaklumkan rakan malah, turut melakukan carian di Internet dan Facebook (FB).

“Apabila melihat maklumat dipaparkan, kami percaya dengan agensi ini malah, dalam FB itu turut dimuat naik gambar kumpulan jemaah umrah di Tanah Suci yang dibawa mereka sekali gus kami mempercayainya.

“Bagaimanapun, kami tidak tahu masalah yang terjadi pada hari ini. Sebelum ini saya pernah bertanya destinasi pesawat mendarat tetapi, mereka tidak memberitahu kami,” katanya ketika ditemui di klia2 di sini, hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun itu berkata, pasport mereka turut dipegang oleh pihak agensi dan ia perkara biasa bagi urusan untuk membuat visa umrah.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kumpulan bakal jemaah umrah terbabit berkumpul bersama keluarga masing-masing di bahagian terminal pelepasan klia2.

Malah, wakil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut berada di klia2 bertemu dengan bakal jemaah terbabit dan kelihatan ejen syarikat berada di situ.

Bagaimanapun, ada segelintir mangsa tidak mahu memberikan kerjasama dengan wakil kementerian dan menganggap mereka tidak tertipu selain reda jika tidak dapat ke Tanah Suci.

Sementara itu, Pengarah Negeri Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Selangor Arshad Mustapa berkata, pihaknya hadir di klia2 untuk bertemu dengan bakal jemaah umrah terbabit kerana mahu membantu mereka.

Katanya, kebanyakan bakal jemaah umrah berasa tertipu selepas penerbangan didakwa beberapa kali tertunda.

“Selain itu, ada kumpulan bakal jemaah itu ditempatkan di sebuah hotel di Shah Alam iaitu kumpulan pertama dan kedua.

“Sehingga kini, kita belum dapat sebarang maklumat terkini berkenaan status penerbangan bakal jemaah terbabit,” katanya. – Metro

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply