Inspirasi

Duit pergi mana? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Duit Pergi Mana?

Assalamualaikum dan hello,

Aku nak kongsi sedikit pengalaman nak manage gaji dekat yang mana baru lepas habis belajar dan nak start kerja. Aku rasa macam perlu aku buat macam ni.
Kenapa perlu?

Selepas 6 tahun aku bekerja. Dari gaji RM2,500 sampai la sekarang ni gaji aku dah double aku masih guna method sama. Aku di Lembah Klang. Maaf kepada yang gaji lebih rendah. Mungkin benda ni tak applicable.

Aku ada ramai kawan-kawan yang gaji lebih tinggi. Tapi minta pinjam duit dengan aku. Kalau kau orang tengok gaya, memang tak percaya. Pakai kereta continental. Bergaya. Iphone selagi boleh nak paling latest.

Ramai yang jadi hamba diri sendiri sebab utamakan kehendak dari keperluan.

1. Pembahagian gaji ke 10 bahagian. Aku akan refer pada gaji bersih aku dulu. RM2500 untuk contoh.

2. 2/10 bahagian : kereta. Eg RM500. Pakailah kereta nasional. 5 tahun aku pakai Saga BLM. Walaupun feel kureng sebab pernah bawa kereta mak tapi senang hidup nak jaga. Lagi mahal kereta lagi mahal maintenance. Bila dah pakai kereta import ni, jadi rindu dengan Saga. Dah 9 tahun total umur, siap boleh pass kat adik-adik. Kereta tu mak aku belikan masa belajar.

3. 2/10 bahagian : tempat tinggal. Kalau menyewa, sewa lah kat tempat yg dalam kemampuan. Melainkan tempat tu dekat dengan sangat dengan tempat kerja dan boleh kurangkan cost perjalanan. RM500 boleh sewa bilik di flat Pantai Dalam. Bila dah kahwin cari tempat yg RM1000. Split sewa kepada dua. Yang duduk ngan mak bapak, tolong hulur kat mak bapak. Dia bayar bill bukan dengan air liur.

4. 1/5 bahagian : Bahan runcit. Aku masak hampir tiap hari. Sekali masak dua kali makan. Memang jimat. RM250 untuk aku seorang lebih dari cukup. Boleh kata mewah juga. Bila aku dah kahwin pun laki aku beri RM250. Bila dah ada anak aku RM250, laki RM250. Pampers mahal oi.

5. 1/5 bahagian : bills. RM250 cukup untuk api, air, handphone dan internet. Bila dah kahwin boleh tambah astro. Sebab 50/50. Hehe. Aku tinggal di Selangor. Jadinya air RM5 tiap bulan.

6. 1/5 bahagian : beri pada mak aku. RM250. Macam aku mak aku bekerja. Berapa aku beri pun dia terima. Sesiapa yang perlu tanggung keluarga, aku memang salute.

7. 2/5 bahagian : Duit poket seharian. Minyak, Touch and Go dan lain-lain.

8. 1/5 bahagian : Simpanan

9. Selagi gaji kau bawah RM4000, jangan sesekali ambil kad kredit! Kad kredit ni penyakit. Kalau kau dah sedap gores time nak bayar mula la garu kepala. Lepas tu, ambil loan dari bank. Hutang atas hutang.

10. Instalment : kalau ambil, pastikan ambil satu jenis je. Contoh kau dah meleleh air liur nak handphone baru. Haaa, selagi tak habis bayar handphone kau, jangan gedik nak amik instalment perabot Ikea pulak.

11. Dapat je gaji, bayar commitment. Settlekan hutang.

12. Isteri yang bekerja. Tolong la laki kau orang tu dalam perbelanjaan. Ya, memang itu duit kau. Bukan kewajipan. Tapi kalau dia senang, kau pun senang. Psssttt. Jangan lupa saving. Kot kot dia buat hal.

13. Si pemboros. Bawa-bawa lah bertaubat. Aku ada kawan, pakai VW Polo macam tu. Nak pinjam RM300 beli pampers dengan susu anak. Otak kau letak kat mana? Duit kau pergi mana? Gaji kau lagi tinggi okay.

14. Laki jangan ambil kesempatan. Kalau bini kau gaji lagi besar, jangan pulak buat muka tak malu ye suruh bini tanggung. Tolong jadi lelaki bermaruah.

Aku tahu apa yang aku share ni mungkin tak applicable untuk semua. Tapi ini pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah sekarang dah merasa duduk rumah sendiri. Kereta aku dah tukar sebab nak pass down Saga dekat adik adik.

Dengki tengok laki aku yang ambil loan kereta 5 tahun je. Geran dah kat tangan dia. Aku ni lah yang duduk bayar bulan-bulan lagi. Kami dalam jimat pun tiap tahun dapat lah bercuti 2-3 kali dalam negera. 1 kali luar negara.

Kau orang nak rasa aku berlagak pun takpe. Sebab aku lagi sanggup berlagak aku berjimat. Dari berlagak pakai handphone baru, kereta baru tapi hidup mak bapak tanggung. Dari bujang sampai beranak pinak. Kuat berhutang dengan kawan-kawan pula tu.

Tabik untuk budak-budak kerani kat office aku. Gaji RM1,200 je. Laki pun lebih kurang sama je gaji. Tapi mereka ni memang pandai manage duit. Anak semua terurus dan tak pernah pun pinjam duit aku. Aku sendiri tak dapat bayang kalau gaji aku paras diorang.

Jadi, dengan keadaan ekonomi semakin dahsyat. Berjimat lah kita untuk kesenangan masa hadapan. Lupakanlah iphone 7 kau tu. Melainkan kau memang duit selepuk dalam poket.

HakunaMatata

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply